2 Sep 2010

Ramadhan Akan Meninggalkan Kita..


Sedar tak sedar dah pun masuk hari yang ke 23 kita berpuasa.. Nampaknya Ramadhan akan meninggalkan kita untuk tahun ini. Tahun depan, tidak pasti lagi sama ads kita dapat bertemu dengan bulan seribu rahmat ini. Terfikir juga aku.. adakah puasa kali ini lebih baik daripada dahulu.. Ya.Allah..Mohon dipanjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan lagi.

Alhamdulillah..anak-anak aku masih lagi tak tinggal puasa dan solat tarawih.. Aku sentiasa mohon agar puasa dapat mendidik anak-anak aku menjadi muslim yang baik. Kata ustaz..dalam program "Tanyalah Ustaz" TV9 pagi tadi memberitahu bahawa kita dah pun masuk fasa ketiga puasa. Masjid kat tempat aku pun kini mengadakan qiamulai setiap hari iaitu dari jam 3.30 pagi.. Insyaalah.

Entahlah, mengapa semakin ramai yang jauh dengan masjid... Macamlah di kampung aku.. Kalau dikira, jika setiap rumah 4 orang yang dewasa hadir ke masjid pasti akan melimpah ruah sampai ke luar masjid. Namun itu semaua fantasi agaknya. Setakat ni hanyalah sebaring lebih sikit aje. Sedih bila lihat. Bagaimana pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni pergi menyahut seruan Ilahi. Siapa yang nak mengantikan tempat mereka di masjid ? Semakin pendek le baris yang ada.

Bila lihat kehadiran di masjid..golongan yang ada ialah golongan tua dan golongan kanak-kanak. Mana perginya golongan pertengahan..iaitu remaja dan muda ? Pada pandangan peribadi saya, perlu ada satu langkah diambil bagi mengatasi kepincangan ini. Perlu ada dakwah yang berterusan. Jawatankuasa Masjid bersama pemimpin tempatan seperti Tok Penghulu, Tok Empat, Yang Berhormat dan golongan pemimpin kampung perlu duduk bersama untuk merangka pelan dakwah. Tapi masalahnya, maaf nak cakap, sesetengah pemimpin ini pintu pagar masjid pun tak nampak.

Sesungguhnya aku sentiasa berdoa agar aku terus diberikan kekuatan dan istiqamah dalam beribadat kepada-Mu. Lindungi keluargaku dan rahmati kami seluruh keluargaku. Berikan hidayah-Mu.. Amin..

Tiada ulasan: