17 Mei 2011

Apa itu Lynas ?

Apa itu Lynas..? Ia menjadi isu besar di Pahang tanah lahir ku. Sebagai rakyat beberapa persoalan telah bermain dalam mindaku.  Benarkah radiasi akan dibawa bersama dengan perjalanan kilang ini nanti ? Kalau benar siapakah yang akan menerima kesannya ? Dengar kata lingkungan kawasan kilang ini hanya 2.5km dar penempatan penduduk di Gebeng. Kenapa negara lain seperti Australia dan negeri lain seperti Terengganu menolaknya ? Kenapa Pahang menerima kilang ini dan mempertahankan sepenuh hati ? Bukankah slogan sepatutnya "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".  Kenapa kini begitu kuat penentangan penduduk terhadap pembinaan kilang Lynas ini ? Apa kesan seperti kecacatan kepada generasi akan datang akan berlaku ? Dah tiada kilang lain ke ? Kenapa jawapan yang diberikan oleh MB dalam Sinar Harian tidak memuaskan hati semua pihak ? Orang lain tak takut kesan radiasi ini ke ? Mana pendapat Pusat Atom Negara ?  Adakah akan terjadi seperti sudah terantuk baru tergadah ? Adakah akan terjadi seperti kebiasaan, setelah berlaku barulah ambil tindakan ? Tidakkah kita berlajar dari pengalaman lepas ? Sudah cukup kepakaran dan kesediaan sekiranya berlaku sesuatu kepada kilang ini ? 

Aku sebagai rakyat negeri Pahang berasa sedih dan kecewa sekiranya ia memang benar amat berbahaya. Ada nyawa kami dan generasi akan datang tidak lagi penting. Kepada kerajaan negeri, buatlah keputusan terbaik untuk rakyat ini. Jangan gadaikan masa depan demi keuntungan seketika. Ya Allah selamatkan kami...AMIN.



Lihat, kolam yang dikatakan digunakan untuk menyimpan Thorium


Kerja-kerja pembinaan kini sedang rancak dijalankan oleh pihak Lynas


Biar pun ada bantahan rakyat, kerja pembinaan masih tetap diteruskan

Tiada ulasan: