22 Sep 2010

Soalan Spot UPSR


Hari dah pun bermula UPSR. Berbagai reaksi yang dapat dilihat pada anak muridku dan juga anakku. Ada yang tersengeh, ada yang pucat, ada yang sakit perut, ada yang pening kepala, ada yang tidak selera, dan ada yang tak apa-apa.Semuanya kerana UPSR. Seperti biasa, telefon bimbit akan bertalu-talu masuk sms yang memberikan beberapa soalan spot dan juga jawapan spot. Jadi serba-salah difikirkan. Mahu diberi kepada mereka atau pun tidak. Dari peperiksaan UPSR sehinggalah peperiksaan Universiti..soalan spot tetap ada. Jawapan spot pun turut ada. Percaya atau tidak ? Pada pandangan saya, soalan spot atau jawapan spot ini boleh menjadi gangguan kepada murid-murid. Ianya akan menyebabkan murid-murid keliru dan lebih teruk apabila murid menyalin jawapan spot tanpa membuat penilaian kebenaran jawapan spot tersebut. Rasanya adalah lebih baik diberi peluang sepenuhnya kepada mereka untuk menjawab soalan tersebut. Ibubapa atau guru-guru tidak perlulah mengelabah. Mereka telah pun menuntut selama 7 tahun. Berikan mereka peluang membuktikan kebolehan mereka. Aku tadi terbaca juga tentang pendapatan halal dalam majalah Solusi. Mengupah orang untuk membuat tugasan dan juga meniru juga dinyatakan termasuk dalam menyebabkan pendapatan tidak berkat. Bagaimana individu-individu yang membocorkan soalan-soalan dan jawapan ini? Mana tanggungjawab mereka. Oleh berilah peluang kepada murid-murid untuk menjawab dengan kebolehan sendiri. Jika mereka tidak mencapai seperti yang dikehendaki, itu semua adalah kerana telah ditakdirkan. UPSR bukanlah segalanya. Apa guna keputusan cemerlang iaitu 5 A tetapi apabila masuk ke sekolah berasrama penuh, tahannya 2 - 3 bulan sebelum disingkirkan kerana tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar. Kasihanilah mereka....
USAHA TANGGA KEJAYAAN

Tiada ulasan: