11 Sep 2010

Tragedi di akhir Ramadhan


Ramadhan kali ini sememang meninggalkan memori yang akan terpahat dalam ingatan. Peristiwa ayah ditimpa oleh pokok bidara yang ditebangnya telah menyebabkan dirinya terlantar 4 hari di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Kejadinya bermula apabila ayah bersama abang ipar serta anak saudara menebang pokok bidara di hadapan rumah ayah. Pokok itu telah mati dan sememangnya menjadi cadangan oleh ayah untuk menjadikannya sebagai kayu api apabila membakar lemang nanti. Sebelum iyu, ayah telah pun mengupah seseorang untuk menebang pokok tersebut. Namun begitu dalam pukul 4 lebih, ayah bersama abang ipar dan anak saudara ku memulakan operasi menebang pokok tersebut. Abang ipar telah pun membuat tapak untuk menumbangkan pokok tersebut. Ayah memanjat tangga untuk memotong bahagian di sebelah kiri. Apabila abang menarik batang pokok bidara tersebut ke arah yang sepatutnya ia tumbang, tiba-tiba batang bidara yang ditarik telah patah di bahagian atas dan menimpa kepala ayah. Ayah hilang disebalik reranting pokok tersebut. Abang ipar terus mencari dan dilihatnya ayah pengsan dan darah banyak mengalir.

Ayah dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang, kemudian abang terus membawa ke HOSHAS. Di sana aku dan keluarga menanti ayah di Bahagian Kecemasan HOSHAS. Samapi sahaja ayah dirujuk ke Bahagian Kecemasan. Ayah pertama kali aku lihat sangat lemah dan terpinga-pinga kesan dari kejadian tersebut. Ayah di X-ray dan doktor telah menempatkan ayah di Wad OW untuk 6 jam. Kami semua menanti penuh debar. Hari itu kami berbuka puasa dengan air dan roti. Sementara menanti, sempat juga aku dan abang ipar serta kak ngah melaksanakan solat tarawih terakhir. Setelah 6 jam menanti, doktor meminta aku menandatangani satu surat untuk memberi kebenaran melakukan CT Scan kepada ayah. Aku menandatangai tanpa prajudis. Aku nak tahu keadaan ayah. Ayah dihantar melakukan CT Scan. Setelah mendapat laporan CT Scan, didapati ayah mempunyai tulang patah pada kepalanya dan terdapat tompokan darah pada bahagian yang patah dalam saiz 3cm. Doktor terus menempatkan ayah ke Bahagian Kritikal. Aku dimaklumkan bahawa ayah perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Aku reda. Aku berdoa agar ayah selamat. Doktor memaklumkan dia perlu mendapatkan pandangan doktor pakar di HKL. Setelah pukul 4 pagi, ayah dimaklumkan tidak perlu dihantar ke HKL tetapi akan di tempatkan di wad untuk pemerhatian dan CT Scan yang kedua pada hari esok. pagi tu ayah tidur di Wad Kenanga 8.

Keesokkan hari ayah aku lihat asyik tidur dan lemah. Sedih dan pilu membaluti perasaan. Aku menanti doktor datang untuk membuat pemeriksaan ke atas ayah. Dalam pukul 11 pagi ayah dibawa untuk melakukan CT Scan ke-2. Keputusannya tompokan darah masih ada di dalam kelapa ayah tetapi alhamdulillah tompokan tersebut tidak membesar. Doktor meminta ayah terus berada di wad.



Pagi hari raya, aku bersolat di Masjid Paya Luas buat pertama kalinya. Dalam pukul 10 pagi, semua anak-anak dan cucu-cucu ayah datang ke HOSHAS. Ayah dibawa turun ke Lobi HOSHAS. Ayah masih lemah dan banyak berdiam diri.

Keesokkan hari, ayah dibenarkan pulang pada pukul 2 lebih. Ayah kelihatan tidak sabar untuk pulang. Tambahan pula, adik beradik dan anak saudara ayah dari Kedah datang untuk melawat ayah. Barulah aku lihat ayah sedikit segar. Aku dinasihatkan oleh doktor untuk membuat pemerhatian di rumah. Jika berlaku sesuatu pada ayah seperti muntah-muntah, ayah perlu segera dibawa ke hospital.

Kini ayah berada di rumah. Aku berdoa ayah akan selamat dan sihat. Aku bersyukur kepada Allah. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor, jururawat di Wad Kenanga 8 dan Kenanga 7 dan individu-individu yang melawat dan memberikan sokongan kepada aku dan juga ayah. Terima kasih semua....Jasa kalian tetap dikenang dan Allah jua yang membalasnya.

Tiada ulasan: