24 Ogo 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Kahadiran Ramadhan sememangnya kita nantikan. Ini kerana Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Pada peringkat 10 hari pertama bulan Ramadhan, masjid dan surau dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau
ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan
menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)
Kini dah pun masuk peringkat yang kedua..iaitu peringkat maghfirah..baris saf dah mula kurang..yang dulu minggu pertama baru nampak muka kini dah kembali lesap.. Kalau dulu 6 saf kini tinggal 1 atau 2 saf..Mana menghilang semuanya..Mana semangat Ramadhan... Cuma bunyi mercun yang power makin galak.. Bebudak pula masa nilah mengambil peluang untuk meronda dengan motosikal. Ibubapa ingat baiknya anak aku ke masjid atau surau bertarawih..Rupanya berpeleseran sebab emak bapak pun ada kat rumah menonoton televisyen..
Apa nak jadi. Apa nak buat. Ya Allah jauhkan aku dan keluargaku lalai ..Kekalkan semangat Ramadhan ni selamanya . Rahmatkan kami..idayahkan kami...AMIN

Tiada ulasan: