Selasa ini bermula peperiksaan UJian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid-murid sudah pastinya membuat persediaan secukupnya. Guru-guru pula berdebar-debar menantikan reaksi anak didik apabila keluar dari dewan peperiksaan. Itulah keseronokan peperiksaan. Perasaan berdebar, risau, sedih,pilu,gembira, gemuruh dan pelbagai perasaan yang bercampur aduk. Aku dah tiap-tiap tahun rasa perasaan ini. Dari zaman persekolahan sampailah dah jadi guru. Kini perasaan itu lagi hebat kerana anak lelaki sulung aku akan menduduki peperiksaan ini. Aku dan isteri sentiasa berdoa yang terbaik untuknya. Kata sesetengah orang UPSR tak penting, yang pentingnya SPM nanti. Pada pandangan aku UPSR ada juga kepentingannya. UPSR menentu ke mana arah anak kita akan berada di peringkat sekolah menengah. Seperti yang selalu aku ingatkan kepada anak didikku, jalan pendidikan di sekolah biasa dengan sekolah elit adalah berbeza. Pilihlah yang terbaik untuk diri masing-masing.
Kalau mengikut jadual yang diedarkan UPSR bermula :
1. Selasa : 21/9/2010 : 8.15 - 9.05 pg (50 minit) : 011 Bahasa Melayu Pemahaman
2. Selasa : 21/9/2010 : 9.45 - 11.00 pg (1jam 15minit) : 012 Bahasa Melayu Penulisan
3. Selasa : 21/9/2010 : 11.45 - 12.25 tgh (40 minit) : 015/2 Mathematics Kertas 2
4. Rabu : 22/9/2010 : 8.15 - 9.15 pg (ijam ) : 015/1 Mathematics Kertas 1
5. Khamis : 23/9/2010 : 8.15 - 9.30 pg (1jam 15 minit) : 018 Science
6. Khamis : 23/9/2010 : 10.15 - 11.05 pg (50 minit) : 014/1 English Kertas 1
7. Khamis : 23/9/2010 : 11.45 -1.00 pg (1jam 15 minit) : 014/2 English Kertas 2
8. Khamis : 23/9/2010 : 2.15 - 3.45 ptg (1jam 30minit) : 013 Ujian Aptitud
Sebagai seorang bapa dan seorang guru yang mengajar Tahun 6, aku doakan kejayaan gemilang buat semua. Berikan yang terbaik. ANDA BOLEH MELAKUKANNYA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan