21 Apr 2009

Kenapa tak Solat ?


Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lalu, aku bertanya kepada anak murid ku yang berumur 12 tahun... dan dah ada yang baligh "Siapakah yang solat Subuh pagi tadi..?" Responnya hanya 3 orang daripada 25 orang yang mengangkat tangan . Kemudian aku bertanya " Siapa diantara kamu yang solat 5 waktu ?" Sedih..responnya tiada... Persoalan itu aku kemukakan apabila melihatkan sikap dan minat mereka belajar sangat berkurang. Sedih..bila mendapati respon seperti itu. Respon daripada anak bangsa ku sendiri. Inilah anak bangsa yang akan memimpin negara kita ... Aku lanjutkan pertanyaan ku.. " Siapakah ibubapanya yang menegur atau memarahi..jika mereka tidak solat ?" ... Sedih....responnya kebanyakkan ibubapa tidak ambil berat tentang solat. Aku ada juga membuat pemerhatian terhadap anak muridku... Kesimpulannya, kebanyakkan yang malas belajar dan mempunyai akhlak yang lemah adalah mereka yang tidak mementingkan solat dan keluarganya pun tidak mementingkan solat. Bagaimana harus aku lakukan ? Walaupun aku mengajar Sains tetapi bagi aku ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang Islam untuk memberitahu pentingnya solat. Aku nasihati mereka.. tetapi setakat ini tiada perubahan.. Masalah solat ini bukan saja berlaku kepada anak murid aku tetapi kita boleh lihat ianya semakin parah dalam masyarakat Islam kita. Mari kita buat pemerhatian... Keluarlah lewat ke bandar pada hari Jumaat... dalam perjalanan pergi ke masjid kita akan dapat perhatikan golongan lelaki yang masih enak menikmati makanan sedangkan tanpa menghiraukan laungan azan atau khutbah. Kemudian kita pulang...(cepat), kita akan menyaksikan pemandangan mereka yang ada berjalan-jalan dan ada yang masih menikmati makanan. Solatkah mereka ? .. Jadi itulah masyarakat kita hari ini...

Renungkan bersama.. wassalam..

22 Mac 2009

Nasib Bola Sepak Pahang


Oh...apa nak jadi dengan bola sepak Pahang ? Sedih pilu, kecewa, malu, hampa, marah, geram dengan pasukan bola sepak Pahang. Bosan apa bila melihatkan prestasi yang semakin hari dan semakin tahun merundum macam nangka busuk. Aku rasa lebih baik hantar budak tadika main ada juga hiburannya. Malam tadi kalah lagi... bodoh betul.. Dahlah duduk tangga kedua akhir liga. Pada pendapat aku perlu diadakan perubahan besar..ganti jurulatih dan pengurus . Aku rasa mereka berdua tu makan gaji buta. Apa yang aku perhatikan...kebelakangan ni jurulatih bertukar pada orang yang sama aje. Macam main ganti-ganti. Apa nak jadi ni... Nak membangunkan bola sepak Pahang atau nak menghancurkan. Pahang ni negeri yang paling besar ni Semenanjung Malaysia. Negeri luas dan makhluknya pun ramai Takkanlah tiada seorang yang pandai main.. Sedangkan di kampung hingga ke bandar ada aje liga dijalankan. Mana pencari bakat Pahang.. Rasanya kini hanya bermimpi dengan kegemilangan Pahang. Negeri lain sibuk berusaha untuk mantapkan pasukan tapi Pahang sibuk mantapkan perut masing-masing. Tukarlah jurulatih.. pilihlah orang yang berwibawa. Pilih pengurus yang memang berminat dengan bola sepak dan bukan kerana sebab lain. Jauhi kronisme... sudah sudahlah. Kasihan kepada kami peminat bola sepak Pahang.. impian untuk melihat juara macam dulu dah jadi angan-angan mat jenin. Kalau nak kira, pemimpin tertinggi bola sepak Malaysia memang Pahang yang pegang....tapi kenapalah Pahang jadi begini.. Aku ni memang penyokong...dulu bila ada aje game aku dengan member mesti turun dari Temerloh ke Kuantan..Berabis duit pun tak pe... Namun bila game asyik kalah aje dan main macam tahi ...aku dah rasa fedup sebab bila pergi mesti balik dengan perasaan marah dan geram. Semua member tak mahu pergi lagi selagi Pahang tak buat perubahan..Singkir jurulatih dan pengurus yang buat Pahang begini. Kalau liga lain , jurulatih dan pengurus begini dah dipecat dan latih kambing aje.BERUBAHLAH.....

Arios....................

15 Mac 2009

Kelab Badminton Ketawa Ria.

Kelab Badminton Ketawa Ria adalah merupakan kelab aku dan geng tubuh secara tak berdaftar tahun 2007 ..kini pejam celik dah pun nak masuk tahun ketiga penubuhannya. Ahli yang berdaftar setakat ni 12 orang... Limited .. Setakat ni kemajuan kelab ni ialah peningkatan tahap permainan. Dulu..ada yang jadi lubuk tapi kini cabaran semakin meningkat. Kelab aku juga dari main satu malam seminggu kini dah main dua malam... Kini gelanggang baru kat Dewan Pangsenam..Banyak juga geng lain ajak rentap.. Setakat ni dah frendly dengan 4 - 5 geng. Matlamat utama kami ialah sihat badan cerdas minda....Kalah menang no hal. Geng aku semua ok..boleh masuk kepala semua... Kini kami dah tambah satu lagi cabang iaitu main futsal pada hari Khamis... Penat betul..baru main 5 minit dah rasa main 5 jam..Apa pun resultnya... happy and healthy.

ok..bye

Ikan..Goreng Pun Sodap !


Assalamualaikum..

Berjumpa lagi.. Ni dah lega sebab semua assignment telah pun dihantar. Jadi boleh go on dengan blog yang dah lama kesepian ini. Baru-baru ni pergi tengok tanah yang..kat situ ada sungai kecil yang mengalir lemah. Nak di jadikan cerita, aku ngan member pun try tebar jala. Wooo.. tak sangka sungai yang sekakang kera tu mengandungi banyak makhluknya. Member aku, Lan tebar lima enam kali.. Aku biasalah...skop kerja kutip ikan aje..Puas juga mengutipnya . Best..........balik goreng pun sodap.. Ni nak pegi lagi..Jaga-jaga semua...ikan-ikan yang ada di sana.......................

18 Feb 2009

Pening Lalat !


Assalammualaikum... Ni dah kira lama jugak aku tak update blog ni.. Buat masa ni sangat-sangat sibuk .. tapi aku nak jugak beri pandangan aku yang aku pendam ni ..sebagai salah seorang warganegara yang sah, suasana politik ketika ini membuatkan aku bertambah-tambah benci dengan politik. Paling benci aku lihat pada ahli politik yang melompat parti. Mereka ni bermuka-muka dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat. Semoga Allah tunjukkan balasan ke atas mereka. Mereka semua rakus membolot kuasa tanpa memikirkan rakyat marhain yang kedaifan akibat kemelesetan ekonomi dunia. Berapa ramai warganegara yang telah tiada pekerjaan..Bagaimana dengan harga barangan keperluan yang harganya tak pernah turun-turun... Tiada ke penguatkuasaan... Mana badan atau pihak yang bertanggungjawab.. ? Mana NGO-NGO yang gagah memperjuangkan rakyat..? Tak de...? Kita semua asyik dimomok dengan cerita-cerita politik yang membosanan. Balik-balik.minta rakyat bersabar... menghadapinya.. Apakah tindakan pemimpin kita yang bergaji besar ? Tak mahu ke bantu negara ? Aku confius .. Ya Allah...tunjukkan kebenaran ... Arigato..!

24 Jan 2009

Serangan Virus...

Ni ada satu amaran.. aku ada baca email tentang virus yang boleh 'kong'kan komputer kita . Baca dan ambil perhatian ok...

PRECAUTIONS !!!!

PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled
'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sentit to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts. It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a mail called'
POSTCARD FROM BEJING,' even though sent to you by afriend, do not open it! Shut down your computer immediately.

This is the worst virus announced by CNN. It has been classified byMicrosoft as the most destructive virus ever. This virus was discoveredbyMcAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept.COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS. REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US
.


Bye.....Wazaaaaasss !

22 Jan 2009

Jawapan Siapa Jamal....

Hari ni aku akan beritahu tentang Jamal... Aku rasa tak perlulah aku bertangguh lagi kerana mengenali Jamal adalah lebih penting. Tambahan pula dengan ketidakbolehannya bercakap Arab.. Baik ini adalah Jamal...












Dalam bahasa Arab Jamal adalah UNTA........ Chowwww...

19 Jan 2009

Jamal Oh Jamal.

Cerita ni tentang Jamal. Jamal ni tak pandai berbahasa Arab walaupun dilahirkan ni sebuah negara Arab. Sejak dari kecil hinggalah dewasa, Jamal tetap tidak pandai berbahasa Arab. Moyang...datuk..nenek...bapaknya..ibunya...
abangn
ya...kakaknya..malahan adiknya juga tidak pandai berbahasa Arab.. Pelik bin ajaib.. Naik pening kepala memikirkannya. Jamal tidak bisu dan juga tidak pekak. Jamal mempunyai mulut yang cukup luas dan gigi yang tersusun rapi..... tetapi tetap tidak pandai berbahasa Arab. Rakan-rakannya juga turut tidak pandai berbahasa Arab.. ni juga pelik bin ajaib... Setahu kita, kalau lahir dan dibesarkan di China gerenti pandai cakap cina...Kalau di India tentu pandai cakap India... Kalau London tentu speaking London cair.. Namun segalanya berbeza dengan Jamal.. Jamal tetap tidak pandai bercakap Arab.. Sedih...memang sedih.....Tapi kenapa ya ?

NANTIKAN JAWAPANNYA ............

18 Jan 2009

Belajar Kembali..



Alhamdulillah..esok pagi aku dah kena bertolak ke Kuala Lipis... ada kelas kat IPTAA.. Nampak gayanya kembali sibuklah.. Assignment baru aje aku print out, sekali baca pening jugak kepala. Bila lihat Assignment KH lagi pening, ada macam lukisan teknik.. Untuk pengetahuan semua semester ni aku kena ambil subjek Reka Cipta dan Lukisan Teknik.( boleh berasap kepala ), Perkembangan Ekonomi Asas ( boleh cair otak) dan Pembestarian dan Pengajaran Bahasa Melayu ( boleh rasanya ). Azam aku untuk sekian kalinya ialah untuk menyiapkan semua assignment ini secepat mungkin. No last minute...... Insyaallah.


Malam ni jugak geng badminton ( Kelab Ketawa Ria ) aku baru aje lepas friendly dengan SK Batu Bor.. Keputusannya ialah 1 menang, 1 seri dan 2 kalah. Nasib badan... tapi yang penting moto kami iaitu Ketawa Ria.. Nanti aku story lagi tentang kelab aku ni. Chow dulu.. esok pukul 5. 30 pagi dah kena drive.. arigato.!




Ni bukan aku yang main...

17 Jan 2009

Selamat Hari Jadi Kat Aku





Alhamdulillah.. hari hidup lagi aku untuk kali Ke-36 tahun.. Syukur kepada Allah kerana terus mengizinkan aku meminjam udara dan semua kejadiannya... Meningkatnya umur ini aku amat mengharapkan aku dapat terus menunaikan tanggungjawab aku terhadap Allah.. Sesungguhnya aku ini amat kerdil... di sisiNya. Ya Allah berkatilah hidup ku ini dan jadikan aku hambaMu yang sentiasa taat dan dirahmati olehMu....

7 Jan 2009

Jom Boikot !

Jom boikot barangan Amerika dan Israel...

Barangan seperti
...





Jangan beli..cuba tahan tak beli.. tok sah beli..tak ingin beli dan beralih kepada yang lain...
Bayangan setiap duit yang kita beli produk ini akan digunakan untuk membeli peluru yang digunakan untuk menembak saudara kita di Palestin.. Aku rasa tak mati pun kita jika tak beli barangan tersebut..

Mari berjihad..

Kerja Punya Pasal

Apa kabar semua... Hari ni aku nak cerita sikit tentang kerja.. Terdapat banyak perkara yang perlu kita fikir dan renungkan bersama. apabila bekerja. Terdapat orang yang sentiasa menjadi pilihan untuk melakukan kerja tetapi semua itu lebih kepada untuk mengelak atau melepaskan diri sendiri dari kerja tersebut. Jadi ada yang menjadi mangsa dan sentiasa menjadi mangsa. Mereka fikir mereka sahaja yang sibuk dan banyak beban sedangkan tak banyak pun.. Pelik..pelik.. tapi itu sikap manusia yang berpangkat PHD. Agaknya kalau boleh nak duduk membesarkan perut aje. Chow...

4 Jan 2009

CELAKA YAHUDI DAN AMERIKA


Dua tiga hari ni aku memang benor-benor geram apabila melihat tindak-tanduk Yahudi dan Amerika mengebom Palestin... Ya Allah ...turunkan bala yang maha hebat kepada Yahudi dan Amerika laknat tu... Mana kuasa PBB ? Mana negara Islam yang lain ? Mana Liga Arab yang hebat ? Mana orang Arab yang sangat kaya-raya ? Kenapa semua hanya berdiam diri dan melihat sahaja ... Kuat sangat ke Yahudi dan Amerika tu sehinggakan boleh memusnahkan Palestin.. Mari kita berdoa bersama-sama supaya Allah segera membantu saudara kita di Palestin dan menghancurkan Yahudi dan Amerika... HIDUP PALESTIN ... MAMPUS YAHUDI DAN AMERIKA..

2 Jan 2009

Dah Mula Sekolah


Assalamualaikum.. Begitu pantas masa berlalu.. dari 2008 kini dah pun 2009. Usia pun dah makin meningkat. 5hb ni dah mula sekolah... sibuk memang sibuk . Dua tiga hari ni dok kemas kelas dan buat persediaan untuk buka sekolah.Tahun ni aku kena jadi guru kelas 4 IK... Kelas ni kelas pertengahan.. Selain tu kena tukar bilik lain pulak.. Dulu, aku cadangkan agar guru tak tukar kelas sebab banyak benda dah dibuat untuk keceriaan kelas.. tapi semua tu tak pakai .. Nampak gaya kena mula dengan kosong balik .. penat.. Tahun 2009 ni juga aku diberi handle kelas 6 IS dan 6 IH iaitu kelas target dan kelas harapan.. selain tu tahun 4Ik dan 2IK .. Bagi aku semua yang diberi aku ambil.. aku akan cuba lakukan yang terbaik.. 17hb ni pulak dah mula kelas OUM aku. Nampak gaya subjek semester ni boleh tahan tahap kesukarannya.. Aku bajet 2 /3 hari lagi aku dah mula nak study. Aku tak nak pointer aku jatuh...aku nak 3.5 keatas, itu target aku.
Hari ni juga aku nak hantar anak aku daftar pra... tapi bukannya kat sekolah aku. Diorang tak pilih sebab aku ni lambat hantar borang.. keutamaannya pada orang lain.. Apa boleh buat dah nasib badan so.. aku hantarlah kat sekolah lain... Ok chowww dulu..

20 Nov 2008

Exam oh Exam


Yea..!...Yea....! Exam dah datang lagi... Untuk makluman, aku still study untuk upgradekan diri aku. So ujung-ujung semester ni mestilah diakhiri dengan exam.Pada 24 & 25.11.2008 ni aku ada dua paper yang berturut-turut. Dan 3.12.2008 aku ada satu paper aje.  Masalah besarnya ialah setiap yang dibaca tu macam tak save pun dalam memory aku... Tapi aku bedal juga baca & cakarkan nota... Bak kata orang patang pendekar, undur mengaku kalah.. jadi bila kat dewan nanti, apa nak jadi pun aku akan jawab sehinggalah titisan dakwat yang terakhir. Kata ayah aku, jawab peksa tu gunakanlah sepenuhnya masa. Apa yang menjadi kehairanan aku ialah dengan sesetengah member yang jawab peksa ni boleh aje keluar awal..Selambalam aje dia orang aku tengok. Sebagai langkah pertama  ingat nak baca buku, tapi bila dah buka laptop ni mulalah nak menaip sesuatu kat sini... Macam mana ni.. Kemudian bila nak mula baca... jadilah macam contoh ni.. STYDOOOOOOOOOOOOOOO lee ! Namun.. aku kena kuatkan juga semangat... Walau orang sedap diulik bantal yang gebu dan memintal mimpi yang indah......... AKU KENA STUDY... !

Wacha................!

19 Nov 2008

Tanah oh Tanah.........


Setiap orang mesti ada impian... Begitulah juga dengan aku. Diantara impian aku adalah membina sebuah pondok tempat untuk aku dan keluarga berteduh.. Pening juga kepala memikirkannya.. Aku kena buat plan untuk menjadikannya satu realiti.. So langkah pertama yang perlu aku lakukan ialah membeli sebidang tanah.. Tanah yang aku beli ni adalah kira-kira setengah ekar.. On my planning, nak buat sebuah pondok yang dan selebihnya pokok-pokok buah-buahan. Untuk membeli tanah ni aku kena buat satu keputusan yang besar iaitu kena buat loan.. Berat juga rasanya tapi.... kena buat juga. Kata orang susah dahulu... tak pe. Bagi aku ini aset aku, kalau aku buat pinjaman untuk masuk skim pelaburan internet dan seangkatan dengannya lagi teruk.. Sekarang tanah tu dah dibersihkan... Seronok..Hari-hari aku lalu tengok kawasan tersebut.. Inilah permulaannya..............Chowww!

17 Nov 2008

Pertandingan Sketsa Petrosains 2008






Alhamdulillah...Hari ni bangga sungguh muka bebudak aku buat persembahan keluar frontpage kat akbar Didik 17 Nov 2008..Ini semua bermula dua minggu lepas, aku ngan geng baru aje bawak bebudak menyertai Pertandingan Sketsa Petrosains 2008 kat KLPac, Kuala Lumpur. Pertandingan tu diadakan pada 3 hingga 6 November baru-baru ni. Sebelum ke Kuala Lumpur, geng sekolah aku bebudak tahun 4 & 5 ni dah pun mengalahkan geng seluruh Pahang di pertandingan peringkat negeri di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan... Sebelum masuk pertandingan ni...banyak yang terkorban.. Antaranya masa lee..latihan yang dijalankan intensif sungguh. Kesian tengok bebudak tu. .. tapi apa boleh buat, kena buat juga. Semua member beri 200% kerjasama macam cerita "Wonder Pets" tu.. Ada yang buat backdrop dan bermacam sumbangan.. TQ semua. Masa nak pegi punyalah seronok..Sampai je kat KLPac tu.. Aku lihat kawasannya cantik, indah dan artistik.. Bangunan-bangunannya membawa aku ke zaman silam. Sampai je kami kena makan and lepas tu dok tunggu untuk setting props atas pentas.. Penatnya.. Lepas tu balik hotel penginapan kat DZon dalam hujan lebat. Ingat nak landing tapi tak boleh, ada pulak program untuk bebudak dan taklimat kat geng kami. Masa tu dapatlah berkenalan dengan semua kontigen.Komitmen beb ! Esok sesudah subuh dah bergerak kembali ke KLPac.. KLPac ni tempat aktiviti seni seperti teater..pameran lukisan dan macam-macam lagi.. Hari ni 4 Nov, aku dan bebudak kena duduk dan buat latihan kat KLPac dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 malam.. Geng aku kena undi last sekali.. Penat lagi... Bebudak tension dan penat...tapi tak pe komitmen beb! Balik hotel, urusetia nak jumpa..ingatkan apa..rupanya macam-macam komen yang negatif..entahlah tak nampak ke yang positif...ataupun dia tak pernah jadi bebudak kot ! Dia bukan nak menyelesaikan masalah atau beri semangat tapi dok bambu orang dengan macam-macam yang dia tak puas hati..Layan aje.. Esok hari pertandingan, teruja sungguh. Orang kata geng kami ada harapan. Pertandingan berjalan hebat..Semua beri kerjasama dan buat yang terbaik.. Masa geng bebudak aku buat persembahan, semuanya berjaya buat dengan perfect. Sampai aje pengumuman keputusan.. KECEWAAAAAA ! Geng lain menang.. SEDIH..PILU semua ada.. Mentor geng aku siap cakap macam dah nak menang tapi semua HANCUR.. Kesian kepada penyokong yang datang. Mood hilang.. Lepas tu kemas props dengan segera sebab kami ada dinner kat Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa..Dia orang cakap masa ni konsepnya santai.. Kami pun pulun lee.. Perut tengah lapar tapi tak de selera .. Tengah slow-slow makan, ada bebudak urusetia kata boleh balik..kesian kat bebudak letih... bolehlee rehat kat hotel. Kami ni lurus bendul , bila lihat orang dah beransur-ansur go out..Geng aku pun nak go out juga.. sempat juga aku and the geng layan bebudak yang buat persembahan tarian tradisional kat situ. Aku ingat memang dia orang buat persembahan kat situ... kira-kira free show lah..kerana tak de pun urusetia cerita pun.. Geng aku kan geng kampung...... Baru pertama kali makan kat hotel tu.. Aku dan bebudak pun bergerak ke bas bila lihat orang dah hampir terang. Sampai kat bas tunggu pulak bebudak urusetia yang naik bas ngan kami. Balik hotel dalam pukul 10 mlm ada pulak perjumpaan dengan urusetia pukul 11 mlm.Aku pegi walaupun boleh jangka benda yang nak dikatakan. Masuk bilik urusetia je tengok muka member lain semacam aje..semua kontigen dah agak dah si ketua urusetia nak membebel lagi.. cakap macam-macam tak puas hati and ugut tak nak beri hadiah saguhati..Tak hormat majlis le.. Dia kata tak beri kerjasama.. Aku pun tak faham kerjasama yang macam mana lagi yang dia hendak.. Bebudak semua dah buat bermacam untuk dia.. Dia bebel juga pasal dinner yang dia sendiri tak nyatakan aturcaranya..Malu kat boss dialah.. Disiplin bebudak lagi...katil patah lah dan tah apa-apa lagi . Nak check bilik takut barang hilang sebelum check out... Aku malas nak layan kerana masa tu tengah demam selsema and latih sesangat. Dalam kepala aku nak ambil sijil & balik bilik tidor...Dia lupa agaknya kami ni yang sapport program dia. Dia juga lupa..yang dia bercakap dengan oarang yang kebanyakkannya lebih tua daripada dia..Yang dah bebelas dan bepuluh tahun mengajar.. Hormat sikitlah.. Apalah dia ni..Macam bagus.. Balik bilik bertambah bosan..rasa tak sabar nak balik.. Frust campur menyesal pulak masuk contest ni.. Esoknya 6 Nov, aku dan geng berkemas untuk pulang, kata malam tadi pagi ni ada sarapan kat hotel. kami pun turun ke lobby..Sampai kat sana , pekerja hotel kata tak de sarapan disediakan.. Bengang betul..Bawak bebudak yang lapar tu layan mee goreng petang semalam yang aku panaskan dalam microwave.. Dalam pukul 8.30pg baru ada orang panggil sarapan.. Perut dah kenyang.. Kesian juga ada kontigen yang tak sarapan sebab ingat tak de. Aku rasa geng urusetia ni tak nampak ke masalah miss comunication dia orang.. Balik-balik kami semua dipersalahkan. Sebelum balik sempatlah pegi Petrosains layan bebudak aku. Masa kat sana, beborak juga dengan beberapa kontigen, kesimpulannya 80% serik nak pegi lagi. Kemudian kami terus balik, dalam bas semuanya semua blurrrrrrrrrrrrrr.. Kesimpulannya..ini program yang menarik dan menyeronokkan..tapi disebabkan urusetia yang tah apa-apa semuanya jadi tak happining.... Lain kali tak tahu lagi nak join....

Adiossssss !

Salam Perkenalan




Assalamualaikum...& Salam Perkenalan . Ni adalah blog aku yang pertama. Namaku Samsul Akmar...tapi orang panggil aku Sams aje... Rasanya banyak perkara yang nak aku kongsikan. Harap semua gembira.... Apa yang aku tulis adalah perkara yang datangnya dari sudut pandangan aku sebagai seorang rakyat marhain ni. Bagi aku berkongsi itu lebih baik. Bagi aku blog ni tempat yang boleh aku luahkan setiap apa yang ingin aku sampaikan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak elok tu dari kedaifan akulee. Selamat membaca..Jumpa lagi. Itu saje...