5 Jul 2011

PENGISIAN BORANG A - SEMUA PESERTA PJJ-KPM-OUM (GURU)

Tuan/Puan,

MAJLIS GRADUASI OUM

Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. Bahagian Tajaan Pendidilcan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mengucapkan tahniah kepada semua peserta Program Pensiswazahan PJJ KPM-OUM yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Bahagian ini ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara-perkara berikut :

2.1 Kewajipan Mengisi Borang A
Semua peserta program PJJ KPM-OUM yang bakal menamatkan pengajian diwajibkan untuk mengisi Borang A (http://www.moe.gov.my/ssb/borang/borang_a.pdf) yang boleh dimuat turun di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my. Borang A yang telah lengkap diisi mesti dikembalikan hendaklah dihantar bersama sesalinan transkrip dan sijil hendaklah dihantar ke Bahagian Tajaan Pendidikan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh majlis draduasi.

2.2 Peserta yang layak mendapat pengurangan 75% daripada jumlah pinjaman pelajaran.
a) Menamatkan pengajian PJJK PM-OUM dengan mendapat PNGK 2.15 dan ke
atas sahaja:
b) Menghabiskan/menamatkan pengaijan mengikut tempoh yang ditetapkan
c) Tidak pernah buat penangguhan/pelanjutan/pertukaran kursus
d) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh universiti/kementerian,
e) Diperakukan oleh Jawatankuasa Pinjaman Pelajaran, KPM.

3. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil perhatian dan tindakan berhubung dengan perkara-perkara tersebut bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Bahagian ini seperti berikut:

Encik Azlan Bin Ibrahim
Tel: 03-88847050
Emel: azlan.ibrahim@moe.gov.my

Pn Norahizan Bt Abdul Rahim (Pembayaran Pinjaman Pelajaran)
Tel: 03-88847550
Emel: norahizan.rahim@moe.gov.my

Cik Syahrul Husna Mohd Shariff
(Rekod & Kelulusan)
Tel: 03-88847121
Emel: syahrulhusna@moe.gov.my

Puan Noliza lsmail
(Perjanjian Pinjaman)
Tel: 03-88847051
Emel: noliza.ismail@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah

SHAHRIMAN BIN AB. KADIR
Bahagian Tajaan Pendidikan
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Borang A ( Potongan Gaji )

Dipetik daripada lawan Facebook OUM Sandakan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Comment puis-je créer un flux des commentaires que j'ai ajouter de blog des autres?

Tanpa Nama berkata...

Beri contoh borang A untuk download