7 Sep 2010

Selamat Hari Raya vs Keselamatan Jalan Raya



SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA. Ketibaan Syawal hanya beberapa hari lagi. Pastinya semua persiapan telah dilaksanakan. Balik ke kampung juga sudah tentu menjadi agenda yang utama sama ada kampung yang jauh atau pun dekat. Malam tadi, apabila mendengarkan laporan Ops Sikap yang menunjukkan jumlah 44 orang yang telah terkorban di jalan raya pada hari ketika sudah tentu mengerunkan. Rasanya senang sahaja nyawa melayang. Sudah menjadi 'trend', setiap perayaan kubur akan meriah. Rasanya perkara ini tidak akan berubah selagi perangai dan cara pemanduan pemandu Malaysia yang begitu ganas apabila di jalan raya. Lagi satu, kebanyakkan pemandu merasa kereta mereka berkuasa seperti kereta lumba F1. Terasa sangat kesedihan apabila mendengarkan berita kematian ini terutama apabila melibatkan keluarga mereka sekali. Wahai pemandu semua bersamalah berhemah ketika di jalan raya. Rasanya sistem ujian untuk mendapatkan lesen yang begitu mahal tidak berjaya. Saya amat mengharapkan pemandu yang berhemah akan dapat diwujudkan dengan terlaksananya mata pelajaran JKJR ketika ini. MARILAH KITA BERUBAH !

Tiada ulasan: