23 Sep 2010

Jamuan Hari Raya


Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan UPSR 2010 ini dengan selamatnya. Semua murid dilihat gembira dengan peperiksaan. Sekarang hanya berdebar untuk menunggu keputusan.

Kini bermulalah aktiviti Tahun 6 selepas UPSR. Kalau tidak disediakan program, murid-murid ini mempunyai banyak masa terluang dan akhirnya melakukan pelbagai perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Bermula esok, program pertama ialah Jamuan Hari Raya. Program ini melibatkan semua murid dan juga warga SK Sungai Gau. Pelbagai hidangan dan juga juadah kuih raya pasti terhidang. Aku esok ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis seperti biasa. Harap esok semua murid akan seronok.

Tiada ulasan: