17 Sep 2010

Kejamnya manusia


Minggu ini sahaja berbagai berita tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga lagi individu yang menjadi mangsa pembunuhan yang sangat kejam setakat ini. Kalau diikutkan rasanya kes ini lebih hebat daripada kes pembunuhan Datuk Mazlan dan juga kes pembunuhan Antanthuya.

Rasanya tidak boleh dibayangkan tentang kesanggupan mereka yang terlibat dengan pembunuhan ini melakukannya. Semua ini menunjukkan betapa wang boleh mengubah manusia itu lebih kejam, sadis dan ganas.

Apakah hukuman sewajarnya terhadap mereka. Kalau aku jadi hakim, sudah pasti hukuman yang akan aku jatuhkan sama seperti mana mereka lakukan kepada mangsa jenayah mereka. Biar mereka rasa bagaimana seksanya dipukul, ditikam, dikerat dan dibakar.

Kini manusia semakin kejam. Tadi sahaja semasa mendengar Buliten Utama, seorang pakcik diberitakan dibunuh kerana memasang lampu pada pukul 5 pagi oleh rakannya. Ada jiran pun jiran bunuh jirannya sendiri. Aku rasa indeks jenayah semakin meningkat dan tahap keganasannya juga turut meningkat.

Namun walaubagaimana canggih atau hebatnya perancangan jenayah dilakukan sudah pasti tidak dapat menutupinya dari pengetahuan Allah. Tahniahlah kepada pihak polis yang dapat menyelesaikan kes ini. Diharap nanti janganlah wujud kes yang lebih hebat.Kepada Ketua Polis Negara yang baru, selamat bertugas dengan perkhidmatan yang terbaik..Bersama mencegah jenayah.

Tiada ulasan: