9 Ogo 2010
Elektrik & TNB..
Baru-baru..terasa sangat dengan kenaikkan bil elektrik rumah. Tinggi dan membebankan disaat ini. Bulan ini saja aku kena bayar RM245.00. Tertekan betul. Bila ditanya pada kakitangan TNB.." Tiada orang baca meter " dan " Bil keluar 2 bulan sekali " Kenapa jadi begini ? Mentang-mentang TNB adalah merupakan satu-satunya syarikat yang ditugaskan membekalkan tenaga elektrik kepada semua, maka segala bebas dilakukan. Kerajaan perlu bertindak mengatasi perkara-perkara yang membabitkan keperluan asas kehidupan ini.. Takut nanti lain pula yang jadi.. Bila rakyat rasa tertekan semuanya boleh berlaku.. Keadaan yang aku alami bukan hanya aku seorang saja tapi beberapa rakan yang ditanya juga memberitahu mereka lebih tinggi bayarannya. Kata beberapa orang..TNB buat begitu supaya rumah yang bil berjumlah RM20 ringgit terpaksa membayar bil mereka. Ada juga suara-suara mengatakan bahawa bila 2 bulan bacaan, tarif akan naik.. Ye ke ? Aku pun tak pasti...tapi keadaan 2 ..3 bulan memang memeritkan. Itu pun rumah tiada 'aircond'.Kepada TNB dan kerajaan dengar suara rakyat dan kasihanlah kami.. KAMI BUKAN JUTAWAN..
Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
Wasalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan