7 Apr 2012

Betulkah Apa Yang Aku Lakukan..

Rasa penat masih lagi meyelinap di seluruh tali-tali urat badan ini. Malam tadi baru sahaja pergi melihat anak sulung di asramanya. Bertolak sebaik sahaja habis waktu persekolahan, aku sampai di bandar MS lebih kurang pukul 4 petang. Sebaik menjengah sahaja muncung kereta aku di dataran pejabat, terus muncul anakku. Tersengeh-sengeh dengan harapan dapat pulang. Lantas aku pun terus berjumpa dengan wardennya.. DUMMM ! Hujan bercurah-curah apabila ketua warden memaklumkan bahawa dia tidak dapat pulang. Puas aku melayan emosinya Hampir pukul 6 petang, baru semuanya reda. Lantas aku membawanya makan dan membeli beberapa perlatan. Aku pujuknya. Dia seperti mahu menerima.

Hari ini, aku dikunjungi oleh sepupuku dari Kedah. Tujuannya adalah untuk mengambil anaknya yang telah dapat bertukar ke MRSM Pendang. Kami berbincang tentang beberapa perkara. Dia juga mempunyai masalah yang sama seperti aku. Namun kini segalanya kembali normal. Anaknya telah bentah untuk duduk di asrama. Aku mengharapkan benda yang sama berlaku kepada anakku. Katanya..kalau dapat balik ke rumah dengan lebih kerap dia hendak bersekolah di situ.. Aku akan cuba berbincang dengan HEPnya. Aku dan isteri sentiasa berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hati dan kekuatan kepadanya untuk terus kekal berjuang menuntut ilmu di sana.. Yang penting sekarang aku perlu bersabar.

Tiada ulasan: