3 Apr 2012

Apa Yang Harus Aku Lakukan..

Di simpang dilema... bila anak sulung aku nak tukar sekolah. Panggilan telefon dari warden dan juga guru kauselor memang mendetik jantung aku. Mengapa ini terjadi ? Memang acapkali dia menyatakan kepada aku tentang hasratnya. Namun berjaya juga aku pujuk untuk kekal sehingga kini. Harapan aku bila dewasa sedikit segalanya dapat diserap dengan baik. Namun langit tak selalunya cerah. Hujan yang turun tak henti-henti. Menurut puan kaunselor, anak aku bukannya anak yang betah dengan kehidupan berasrama. Jiwanya tidak boleh mengikuti perjalanan asrama ini. Stressnya tinggi. Aduh..! Macam mana ? Tadi baru sahaja aku bertanya kepada Pejabat Pelajaran berkenaan pertukaran ini. Rupa-rupanya banyak prosedurnya. Pertukarannya mesti melalui Kementerian Pelajaran dahulu. Aku rasa aku akan cuba untuk memujuknya supaya terus berada di sana. Tapi..aku bimbang jika melakukan protes dengan melakukan kesalahan disiplin. Ya..Allah ..berikan aku petunjuk-Mu..

Tiada ulasan: