5 Mei 2011

Ketibaan Yang Baharu

Kini sudah tiba yang baharu.. Bayi perempuan yang comel telah menjadi anak ke-6 ku sekarang. Kelahirannya rahmat kepada kami sekeluarga. Nama yang indah dan unik ku berikan kepadanya.  Qaseh Khaiyiesyah begitulah dipatrikan oleh ku.  Wajahnya,,baunya..senyumannya,, mendambakan hatiku. Setiap saat...detik dan ketika ingin aku menatap dan berada di sisinya. Abang-abang dan kakaknya semua gembira menyambut kelahirannya di alam ini.

Saat kelahirannya satu dugaan buat isteri tercinta dan aku. Kelahiranya lain daripada yang lain. Kali ini isteriku terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Segala keputusan dibuat dengan segera setelah beberapa aku menemani dan memupuk semangat kepada isteri dalam usaha melahirkannya. Jam 9.04 malam tanggal 12 April 2011 iaitu tarikh yang sama dengan hari lahir isteriku lahirlah Qaseh Khaiyiesyah. Aku bersyukur atas anugerah-Mu Ya Allah..

Tiada ulasan: