30 Dis 2010

Malaysia Hebat..

Yahoo.. Akhirnya tersungkur Indonesia ditangan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki. Puas hati dengan terbenamnya ego Indonesia yang terlalu sibuk menyalah pelbagai perkara atas kekalahannya di Malaysia. Terimalah kenyataan bahawa tahap permainan Malaysia adalah lebih baik.  Pemain-pemain Malaysia ketika ini sudah mula berkembang seperti rama-rama yang baru keluar dari kepompongnya. Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga dan terasa sangat gembira dengan kejayaan ini.

Dari 27 haribulan sehinggalah sebelum perlawanan bermula, pelbagai tomahan yang dilemparkan.. isu laser, isu bomoh, isu pemain import semuanya menjadi alasan atas kekalahan mereka di Bukit Jalil. Terimalah hakikat bahawa Malaysia bermain dengan mantap. Penyerang yang berbakat dan hebat. Pertahanan yang jitu. Paling hangat ialah penjaga gol bertaraf dunia. Ini telah dibuktikan malam ini.

Malaysia memang hebat.. Juara Piala AFF Suzuki, Trofi Penjaring Terbanyak milik Safee Sali dan sepatutnya anugerah pemain paling bernilai milik penjaga gol kita iaitu Khairil Fahmi.. Beliau hebat menyelamatkan tendangan penalti pemain bernilai Indonesia. Bagi aku penalti tersebut adalah titik tolak saat kejatuhan semangat pasukan Indonesia.

Pagi esok sudah pasti tajuk-tajuk akhbar memaparkan berita-berita tentang kejayaan ini. Perdana Menteri pun telah mengumumkan cuti umum pada hari Jumaat 31 Disember 2010 sebagai merayai kejayaan ini. Kalau menang piala dunia tak tahulah..pasti lagi hebat. Kejayaan ini sekurang-kurangnya memberikan kegembiraan kepada rakyat yang semakin hari semakin tertekan dengan ekonomi untuk meneruskan kehidupan. Barang yang sentiasa naik tanpa ada penurunan. MALAYSIA BOLEH....!

Tiada ulasan: