20 Apr 2010

Terkenang Zaman Dulu..

Di pagi yang dingin ini, sambil menonton bola. Terkenang pula masa silam.. Yelah, masa kecik-kecik dulu. Masih segar lagi dalam ingatan..zaman kanak-kanak bersama teman-teman sepermainan..iaitu Syukor dan Arwah Zairul ( LOi )yang memang "kamceng". Mana saja pergi, mesti bersama. Setiap hari ada aje aktiviti yang dilakukan bersama. Pada masa tu kampung kami masih lagi belum ada elektrik dan air. Setiap hari mesti mandi sungai..Syoknya. Airnya sejuk dan menyamankan.

Tiada ulasan: