6 Apr 2010
Seronoknya Jadi Bebudak
Seronok sungguh jadi bebudak.. Tak de sebarang masalah nak fikirkan.. Apa yang penting kehidupannya diisi dengan segala aktiviti yang membahagiakan. Baru-baru ni aku bawa semua anak aku dan anak saudara pergi mandi-manda di Air Terjun FRIM, Kepong. Ini kerana kakak dan abang ipar aku tinggal dalam FRIM ni. Jadi sambil menyelam, sambil minum air. Anak-anak aku dengar aje nak pergi ke rumah mak saudaranya terus menyiapkan peralatan untuk aktiviti tersebut. Dari malam sampailah pagi...itu sajalah ceritanya. Sebaik sahaja tiba masanya, bermula segalanya. Ada yang terjun, ada yang berenang, ada yang mengapungkan...begitu seronok mereka. Kalau boleh tak nak naik dari air.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan