24 Ogo 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Kahadiran Ramadhan sememangnya kita nantikan. Ini kerana Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Pada peringkat 10 hari pertama bulan Ramadhan, masjid dan surau dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau
ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan
menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)
Kini dah pun masuk peringkat yang kedua..iaitu peringkat maghfirah..baris saf dah mula kurang..yang dulu minggu pertama baru nampak muka kini dah kembali lesap.. Kalau dulu 6 saf kini tinggal 1 atau 2 saf..Mana menghilang semuanya..Mana semangat Ramadhan... Cuma bunyi mercun yang power makin galak.. Bebudak pula masa nilah mengambil peluang untuk meronda dengan motosikal. Ibubapa ingat baiknya anak aku ke masjid atau surau bertarawih..Rupanya berpeleseran sebab emak bapak pun ada kat rumah menonoton televisyen..
Apa nak jadi. Apa nak buat. Ya Allah jauhkan aku dan keluargaku lalai ..Kekalkan semangat Ramadhan ni selamanya . Rahmatkan kami..idayahkan kami...AMIN

9 Ogo 2010

Elektrik & TNB..



Baru-baru..terasa sangat dengan kenaikkan bil elektrik rumah. Tinggi dan membebankan disaat ini. Bulan ini saja aku kena bayar RM245.00. Tertekan betul. Bila ditanya pada kakitangan TNB.." Tiada orang baca meter " dan " Bil keluar 2 bulan sekali " Kenapa jadi begini ? Mentang-mentang TNB adalah merupakan satu-satunya syarikat yang ditugaskan membekalkan tenaga elektrik kepada semua, maka segala bebas dilakukan. Kerajaan perlu bertindak mengatasi perkara-perkara yang membabitkan keperluan asas kehidupan ini.. Takut nanti lain pula yang jadi.. Bila rakyat rasa tertekan semuanya boleh berlaku.. Keadaan yang aku alami bukan hanya aku seorang saja tapi beberapa rakan yang ditanya juga memberitahu mereka lebih tinggi bayarannya. Kata beberapa orang..TNB buat begitu supaya rumah yang bil berjumlah RM20 ringgit terpaksa membayar bil mereka. Ada juga suara-suara mengatakan bahawa bila 2 bulan bacaan, tarif akan naik.. Ye ke ? Aku pun tak pasti...tapi keadaan 2 ..3 bulan memang memeritkan. Itu pun rumah tiada 'aircond'.Kepada TNB dan kerajaan dengar suara rakyat dan kasihanlah kami.. KAMI BUKAN JUTAWAN..


Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
Wasalam

7 Ogo 2010

Ya..Ramadhan...


Alhamdulillah..Ramadhan telah tiba..bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah atas peluang yang diberikan kepada kita semua untuk terus menikmati bulan yang penuh rahmat dari-Nya. Azam aku adalah untuk beramal lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah ketibaan Ramadhan ini aku sambut bersama keluargaku dengan ketibaan berita bakal mendapat ahli baru.. Alhamdulillah. Syukur... Sebenarnya Allah Maha Kaya dan adil.. Baru sahaja dapat kenaikan pendapatan ..rezeki untuk bakal ahli baru telah pun ada.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Ramadhan kali ini sememangnya meriah bagi keluarga ku yang ahlinya sedang kuat makan.. Tahun ni semua telah bertekad untuk menamatkan puasa dengan sepenuhnya.. Bagi anak dara aku, Qisstienna..gayanya belum bersedia..

Setiap kali Ramadhan, pasti kita teringatkan zaman puasa kanak-kanak..Indah sungguh..Kini anak-anak aku pula yang mengalami..tapi tentulah tak sama ... Tiada nak tunggu tepi jalan menantikan apek jual ais ketul pada setiap petang di tepi jalan, tiada lagi budaya mengejut jiran bersahur dengan menggunakan tin dan tong yang disambung dengan tali pada setiap rumah....

Ramadhan ya Ramadhan aku tetap menanti mu..Selamat Berpuasa semua

Yaroossssssssssssss !
Wassalam..