1 Apr 2010

Sambutan Maulidur Rasul



Assalamualaikum,

Lama tak tulis sesuatu kat blog ni.. Bukan apa, sejak berpindah ke rumah baru ni dah tak da Stremyx.. Kabel telefon tak dipasang lagi. Ini yang pening kepala. Nak ambil broadband ingat nak tunggu 'Pakej Goverment'..tapi tak tahu bila. Apa pun kalau ada peluang aku akan cuba 'updatenya'.

Baru-baru ni Unit Panatia Agama Islam telah menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul Sekolah. Sambutan yang hangat yang ditunjukkan oleh murid amat menggembirakan. Berbagai acara diadakan seperti perarakan, solat Dhuha, Ceramah, Bacaan Al-Quran, Sajak dan yang paling mendapat sambutan ialah nasyid dari murid Tahun 6.

Pada pandangan aku, program ini amat patut dijalankan terutama di sekolah supaya murid-murid dapat didedahkan dengan kisah dan meningkatkan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pelik juga apabila ada juga pihak yang mengganggap ia satu bidaah dan tidak patut dilakukan. Kenapa ya ? Salah ke buat benda yang baik ?
Bagi aku, untuk budak-budak sangat bagus daripada melakukan aktiviti tak berfaedah..

Fikir-fikirkan...

Wassalam..

Tiada ulasan: