Manusia kini semakin kejam. Hari-hari kita dipaparkan dengan pelbagai kes yang melibatkan kehilangan nyawa manusia akibat jenayah. Di dada akhbar pasti ada berita tentang kes pembunuhan yang membukti betapa ganasnya manusia. Daripada tikam, tetak, tembak, kerat dan kini membakar pula menjadi cara untuk membunuh. Mangsa pula tidak kira sesiapa.. mungkin orang dewasa..mungkin anak gadis..dan mungkin anak-anak kecil serta bayi. Menurut seorang ustaz yang memberi kuliah..katanya manusia kita ini sudah hilang sifat insaniahnya. Perbuatan mereka yang membuat jenayah ini kalau difikirkan tak tergambar difikiran kita. Mengapakah keadaan ini berlaku ? Berkenaan kes yang terbaru.. menurut Akhbar Kosmo..hanya kerana rasa terhina sahaja sudah boleh menyebabkan manusia itu mencekik dan membakar kanak-kanak yang berumur 5 tahun tanpa belas kasihan. Adakah ini kerana kita menjauhkan agama Islam dalam kehidupan kita ? Adakah ini akibat kita tidak menjalankan hukum Allah ?
Renungkanlah wahai sahabatku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan