19 Dis 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah..tamat juga pengajian aku di peringkat sarjana muda ini. Cukup dan genap 4 tahun tempoh perguruan ini.. Jumaat bersamaan 17 Disember 2010 maka khatamlah. Pada awalnya selama 3 bulan aku bersama rakan seperguraan iaitu Mang dan Abuya berulang alik ke IPGM Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kemudian ..sambung ulang-alik ni ke IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis...

Jika diceritakan pahit manisnya belajar di OUM ni.. tentulah banyak yang manis.. adat belajar sambil bekerja sudah tentu banyak cabarannya. Sokongan daripada keluarga tercinta dan rakan-rakan amat bermakna. Paling bestnya bila orang kata ... Sekejap aje belajor.. Sedang kalau di conggak-conggak...4 tahun lamanya.

Pelbagai pengalaman yang masih segar dalam ingatan ini...pegalaman makan nasi lemak sotong ngan nasi ayam kampung kat Velladrom Cheras, Sesat di Kuala Lumpur, terperangkat di tengah Jalan Bukit Bintang, banjir kilat dan hilang tiket parking di Low Yatt... sesekali berulang dari Temerloh.. masih macam baru berlaku..

Masa di IPGM Kuala Lipis pula..lagilah berlambak pengalamannya. Kalau nak cerita .. 1001 malam tak habis. Pada aku, kesemua pensyarah..sama ada di IPGM  Teknik Cheras dan juga Tengku Ampuan Afzan, semua begiru banyak berjasa kepada aku. tak terbalas rasanya dengan apa yang diberikan kepada. Mereka semua sifu aku..

Setakat ni belum ada perancangan lagi.. nak rehatkan minda dahulu.. ok bye..!

Tiada ulasan: