21 Apr 2009

Kenapa tak Solat ?


Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lalu, aku bertanya kepada anak murid ku yang berumur 12 tahun... dan dah ada yang baligh "Siapakah yang solat Subuh pagi tadi..?" Responnya hanya 3 orang daripada 25 orang yang mengangkat tangan . Kemudian aku bertanya " Siapa diantara kamu yang solat 5 waktu ?" Sedih..responnya tiada... Persoalan itu aku kemukakan apabila melihatkan sikap dan minat mereka belajar sangat berkurang. Sedih..bila mendapati respon seperti itu. Respon daripada anak bangsa ku sendiri. Inilah anak bangsa yang akan memimpin negara kita ... Aku lanjutkan pertanyaan ku.. " Siapakah ibubapanya yang menegur atau memarahi..jika mereka tidak solat ?" ... Sedih....responnya kebanyakkan ibubapa tidak ambil berat tentang solat. Aku ada juga membuat pemerhatian terhadap anak muridku... Kesimpulannya, kebanyakkan yang malas belajar dan mempunyai akhlak yang lemah adalah mereka yang tidak mementingkan solat dan keluarganya pun tidak mementingkan solat. Bagaimana harus aku lakukan ? Walaupun aku mengajar Sains tetapi bagi aku ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang Islam untuk memberitahu pentingnya solat. Aku nasihati mereka.. tetapi setakat ini tiada perubahan.. Masalah solat ini bukan saja berlaku kepada anak murid aku tetapi kita boleh lihat ianya semakin parah dalam masyarakat Islam kita. Mari kita buat pemerhatian... Keluarlah lewat ke bandar pada hari Jumaat... dalam perjalanan pergi ke masjid kita akan dapat perhatikan golongan lelaki yang masih enak menikmati makanan sedangkan tanpa menghiraukan laungan azan atau khutbah. Kemudian kita pulang...(cepat), kita akan menyaksikan pemandangan mereka yang ada berjalan-jalan dan ada yang masih menikmati makanan. Solatkah mereka ? .. Jadi itulah masyarakat kita hari ini...

Renungkan bersama.. wassalam..

Tiada ulasan: