31 Dis 2009

Tahun Baru..2010

Alhamdulillah.. sekali lagi Allah panjangkan umur kita untuk menempuh tahun baru..bermula dengan 1 Muharam hinggalah hari ini 1 Januari.. Setelah meninggalkan tahun 2009 ni, rasa banyak perkara yang berlaku tetapi tanpa kita sedari.. Ada yang kita ingat dan ada yang berlalu seperti angin sepoi-sepoi... Ini semua adalah sejarah buat diri kita. Macam aku..beberapa peristiwa yang menjadi momen buat diri ku iaiah.. Ketika aku lulus PTK yg terakhir, Kejadian motor kena curi & jumpa balik, menang dalam pertandingan rumah sukan, Opai bersunat dan yang paling diingati sampai mati ialah diminta keluar dari Kuaters Perguruan Seri Tualang yang mengubah perjalanan hidup aku untuk 2010 ini. Sebagai seorang Islam semua itu aku perlu bersyukur kerana ianya pasti ada hikmah disebaliknya.. Bak kata pelakon dalam sebuah drama.."Sod Baaa Rooo ".

Opai & sepupu setelah berkhatan..

3 Dis 2009

Calon Atlet Negara

Selamat menonton aksi calon atlet negara yang hebat ni... Aksi ini adalah selamat dari unsur-unsur kecederaan dan kelucahan yang melampau.. enjoy..! Buat Ramadhan (Ketua Rumah Biru 2009) you memang best..!

2 Dis 2009

Makan Malam Kelab KGKT SKSG 2009

Baru-baru ni telah diadakan dengan jayanya acara makan malam untuk ahli Kelab KGKT SKSG 2009 yang berada dibawah pemerintahan aku... Majlis berjalan dengan lancar seperti dirancangkan dan sangat meriah..Mungkin makanan kurengggg sikit tapi tetap puas hati kerana kerjasama yang diberikan oleh ramai ahli..Selain tu, majlis ni berjaya diadakan dengan kerja keras ajk aku iaitu Arip, Manjit, Juliana,Pian, Mahani, Safiah, Sukri, dan Mansor serta GB yang memberikan sokongan. Selaintu sponsor-sponsor yang diperolehi oleh 2 pakar mencari sponsor iaitu Arip dan Manjit..Kalau nak harap aku..hancuss le


Sebahagian Hamper Yang Menjadi Habuan Malam tu..




Aksi Pian & Prety sedang menghias dewan...


Aksi Aku & GB memotong kek menandakan bermulanya MAKAN...



My Family Tengah Makan



Aksi Acara Untuk Kanak-kanak

Aksi Mengumpul Hadiah..


Apa yang penting pun semuanya HAPPY..kalau kurenggg mintak maaplee.. Tahun depan lantik orang lain pula.. Bye






















































































e.

30 Nov 2009

Guru-guru SK Sungai Gau, Temerloh


Ni gambar yang aku ambil untuk dijadikan kenangan.. Inilah barisan guru-guru SKSG yang komited mendidik dan mengharumkan nama sekolah di persada dunia...

Taman Pulai Idamanku....

Tempat tinggal baru.... hijrah yang baru.. Perumahan ni 100% penduduknya adalah Melayu. Terletak di Kg. Padang Lalang, Paya Pulai.. Masih baru..Dekat dengan tempat kerja aku. Setakat ni kawasan perumahan ni mendamaikan.. Penduduknya tidak terlalu padat. Anak-anak pun terkawal. Apa yang penting masjidnya dekat dan makmur..


Taman untuk anak-anak bermain..
Pemandangan kawasan Taman Pulai Idaman...




9 Nov 2009

Pindah Rumah

Pindah rumah adalah sesuatu aktiviti yang banyak memakan masa, tenaga, perasaan dan akhir sekali... duit. Aku masa ni masih lagi dalam proses memindahkan barang-barang aku. Penatnya boleh tahan juga. Barang-barang yang besar dan berat dah pun selesai aku angkat dengan bantuan biras aku (Fazali) dan juga adik, ayah dan anak-anak jiran aku. Yang tinggal kini ialah barang-barang kecil yang aku rasa tak habis-habis aku bawa setiap hari ke rumah baru. Kalau ikut kata orang buang sahaja, tapi aku tengok rasa macam semua berguna.. Last date aku keluar dari kuarters ni pada 21.11.2009..
Ni ada satu bab lagi.. iaitu dengan tabiat manusia yang pelik. Dalam proses aku pindah barang-barang ni... Perabot yang kuarters tu telah di keluarkan dan disusun di sekitar bangunan. Yang peliknya..ada juga penghuni yang dah bertahun-tahun keluar dari kuarters datang untuk punggah perabot kuarters dengan alasan mereka pernah duduk di situ. Yang pelik lagi boleh tengking dan marah pada jaga yang menjalankan tugas.. Itulah tabiat buruk manusia... Gone..

9 Okt 2009

Mistik..Percaya atau Tidak ?

Mistik dan menyeramkan.. Percaya atau tidak ? Bagi aku perkara ini perlu dipercayai kerana entiti lain ini memang wujud dalam alam ini. Aku mempunyai pengalaman tentang perkara ini. Diantara pengalaman yang tidak boleh aku lupakan ialah apabila kawan baik aku dimasuki oleh entiti ini dan berubah dari segi suara dan kebolehannya. Dia boleh bercakap dalam bahasa Jawa dan bersilat seperti seoarang yang amat mahir..siap boleh lompat terbang seperti dalam filem Kung fu .

Kini, perkara ini aku alami lagi... melibatkan murid-murid dari sebuah sekolah..Yang peliknya bila datang ke sekolah aku..member aku pulak yang kena.. Macam-macam cerita tentang entiti yang dah dekat setahun bermaharajalela ini.. Seram dan mistik.. Semoga Allah melindungi kita semua.

Wassalam.

1 Okt 2009

Menghitung Hari....Kuarters Institusi Perguruan Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

Pemandangan Hadapan Kuarters Seri Tualang

Ini adalah detik-detik terakhir aku dan jiran-jiranku tinggal di Kuarters Institusi Pendidikan Seri Tualang yang akan menjadi sejarah untuk selama-lamanya. Bermula dengan khabar-khabar angin sehingga perjumpaan dengan pihak yang akan mengambilalih dengan penghuni kuarters ini... Menghitung detik-detik terakhir ini sungguh menyedihkan... Kuarters yang disediakan untuk kemudahan guru di Temerloh ini akan diambil alih dan digantikan dengan pusat latihan... Nampaknya dah tiada lagi kemudahan yang disediakan untuk guru-guru seperti aku. Kami diberi pilihan atau opsyen yang tidak boleh dibuat pilihan. Selepas ini nama kuarters ini akan diganti... Alamat pada kad pengenalan aku juga terpaksa diubah... Bagi pihak yang merancang pengambilalihan kuarters ini semuanya nampak mudah... Katanya " Demi kemajuan guru-guru". Bagi aku dan jiran-jiran, ianya adalah perkara yang begitu sangat membebankan... Kini kami terpaksa mencari wang untuk menampung kos muka dan sewa rumah... Kami juga kena fikir dan cari wang untuk kos pemindahan... kami juga terpaksa fikir dan cari untuk membeli sedikit perabot bagi rumah yang disewa.. Apa yang paling memeningkan ialah kami kena uruskan segala urusan tentang pertukaran anak-anak yang bersekolah di SK Seri Tualang..dan juga mencari pengasuh baru untuk anak-anak yang kecil. Kami kena atur semua semula bermula dari zero.. tapi bagi pihak yang terlibat menganggap semuanya mudah kerana tidak terkena pada keluarga mereka. Mereka banyak duit... Duit berguni-guni. Bagi aku kuarters ini bukanlah teruk sekiranya pihak yang terlibat di pejabat pelajaran mengambil berat tentang kuarters ini. Bayangkan selama kami duduk hampir 7 tahun tidak pernah ada penyelengaraan kawasan pun dilakukan... tiada lampu jalan.. lampu tangga yang kena tanggung oleh kami.. rumput kami mesin sendiri..dan boleh dikatakan semuanya kami kena tanggung. Pelik bin ajaib... bangunan canggih dan hebat tetapi tiada penyelenggaraan...Bila ditanya jawabnya tiada peruntukan. Walaupun keadaan berlaku kami tinggal juga di sini kerana persekitaran yang sesuai dengan anak-anak kami. Tempatnya selamat dan memudahkan anak-anak kami untuk ke sekolah. Budaya dan kesan sosial yang tidak diingini pun tiada. Penduduknya juga rapat dan mengenali diantara satu sama lain...Tapi semua tidak diberi perhatian kerana disifatkan peribadi oleh pihak yang akan mengambilalih kuarters ini. Nasib..nasib... kerana kami orang bawahan. Pejabat pelajaran begitu gembira agaknya dengan pemgambilalihan ini. Selepas perjumpaan kami dengan pihak pejabat pelajaran dan pihak yang akan mengambilalih.. tiada lagi kami mendengar berita tentang beberapa tuntutan yang telah kami buat.. Hari ni ( 6 September 2009 ) dah mula dilakukan kerja-kerja pembersihan kawasan. Sebelum tu..pada 1 September 2009, pasukan pengawal keselamatan telah pun memulakan tugas... Aku pun tak tahu lagi bila akan berpindah... Nasib........nasib.....

Hari semalam, aku dan semua penghuni yang masih tinggal di kuarters ini mendapat surat daripada Pegawai Pelajaran Daerah..menurut surat itu, kami diminta menjelaskan baki bayaran bil elektrik dan air. Dalam surat itu menyatakan pula bahawa kami telah bersetuju untuk berpindah pada hujung bulan 10 ( Oktober ) ini seperti yang dipersetujui...tetapi kalau mengikut keputusan perjumpaan yang masih segar dalam ingatan, kebenaran diberi ialah selewat-lewatnya November ini... Macam mana ni.."cakap tak serupa bikin"...

SAYONARA..



Tiada lagi bebudak main bola..

21 Ogo 2009

Motor Aku Hilang..

Ini adalah kisah benar yang berlaku pada hari Ahad, 16.08 2009 baru-baru ni. Kejadian ini berlaku lebih kurang pada pukul 8.10 malam. Ketika tu aku nak pergi beli minyak motor aku. Sampai saja di garaj, anak aku..Naja bertanya "Mana motor abah ?". Aku pun apa lagi..terkejut beruk dibuatnya. Aku terus pergi ke rumah jiran bertanya dengan Baby anak jiran aku. Dia kata baru saja dia dengar bunyi motor aku. Dia ingat aku yang bawak motor tu. Aku pun apa lagi... terus ajak Baby pergi cari motor tersebut. On the way, Baby contact member dia kat bandar untuk tengok-tengokkan motor aku. Huzai dan Aji pun keluar pergi tolong pergi cari. Setelah puas berpusing mencari motor di sekitar bandar..aku pun ke Balai Polis Temerloh untuk buat
repot. Aku jumpa polis dan buat repot. Polis ambil maklumat aku dan minta pulang untuk ambil road tax dan geran motor untuk buat report yang penuh. Aku pun pulang..sambil tu aku still cari. Sampai sahaja di kawasan pertengahan jalan rumah aku... Aku terfikir untuk mencari di simpang kebun getah.. Aku pun turun dengan Baby... Setelah puas mencari..Aji pun datang. Aku pun berbual dengan mereka. Sedang berbincang.. tiba-tiba sebuah motor Yamaha Lagenda yang tidak berlampu belakang terus memecut dengan laju dari arah kuarters. Kami pun mengejarnya tetapi nasibnya baik. Budak tu berjaya meloloskan dirinya. Malam tu aku cari lagi sehinggalah pukul 1.00 pagi.
Esoknya, aku tak jadi pergi kerja.. aku tak de mood dan nak cari motor aku yang hilang tu. Aku pun memulakan pencarian aku dengan memasuki semula lorong-lorong di sekitar kawasan kuarters . Pencarian aku ini meliputi seluruh kebun getah, Kg. Belengu, Kg Kelulut, Taman Tualang Indah dan seluruh bandar Temerloh.
Akhirnya, dalam jam 11.30 pagi aku dah puas nak cari.... Dah rasa nak putus asa.. Lalu aku panjatkan doa kepada Allah..mohon ditemui semula motor aku tu. Aku pun turun dari bukit kebun getah tersebut.. Mata aku masih mencari.. Tiba-tiba aku terpandang satu cahaya berkelip-kelip di dalam semak di tepi jalan tersebut. Aku pun terus memberhentikan motor Nuar yang aku pinjam tu. Aku pun meluru ke dalam ke arah semak itu. Semakin dekat semakin berdebar hati aku. Sebaik sampai di kawasan semak tu..betapa leganya hati aku...Allah telah makbulkan doa aku..Alhamdulillah.. Aku pun segera meminta bantuan Huzair. Aku pun telefon Sarjan Radzi yang bertanggungjawab mengendalikan kes aku ni. Sebaik saja Sarjan Radzi datang, dia terus mengambil beberapa gambar dan bahan bukti yang tertinggal. Dia mengucapkan terima kasih dan aku pun sama mengucapkan teri a kasih kepadanya. Aku pun meminta bantuan Huzair untuk menolak motor aku ke rumah memandangkan motor tu tak boleh jalan. Atas kejadian itu, aku pun beli seutas rantai yang besar untuk aku kalungkan pada motor aku. Aku tak ingin ianya berulang sekali lagi. Selang seminggu, motor aku pun dah aku baiki dengan mengantikan kunci yang rosak. Melayang juga RM55.00.
Iktibarnya, kita jangan lupa meminta pertolongan dari Allah walaupun mengalami saat yang paling sukar. Sentiasalah kunci kenderaan anda, kecuaian membawa kerugian...

Akhir sekali aku ingin ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada jiran-jiran aku yang tak lagi bersama selepas ini atas bantuan yang diberikan... seperti Isxteri dan anak-anak aku, Ajies ( yang akan berpindah ke Melaka ), Huzair dan Baby ( yang akan berpindah ke Jalan Srindit ), Nuar ( yang dah berpindah ke Taman Bahagia ), Sarjan Radzi dan anggota Balai Polis Temerloh..dan individu lain yang bersimpati dengan aku. Buat pencuri tersebut..aku doakan semoga mendapat keinsafan dan petunjuk dari Allah....AMIN !



Jalan di mana motorsikal aku dilarikan




Tempat motorsikal aku ditemui



Motorsikal aku yang telah ditemui

3 Ogo 2009

Nasib ...nasib..nasib...!

Nasib..nasib... Inilah dikatakan nasib. Setiap orang ada yang bernasib baik dan ada yang tidak bernasib baik. Ada hari bernasib baik dan ada juga hari tak bernasib baik. Bagi aku, tahun ni tahun tak bernasib baik.. Ini adalah pertama kali dalam hidup aku diarahkan keluar dari kuarters yang disediakan oleh goverment pada asal tujuan pembinaannya untuk memberi memberi kemudahan kepada kakitangannya yang tidak berkemampuan demi memberi peluang dan kemudahan kepada pihak yang lain.. Rasa-rasanya macam tak ubah dengan nasib penduduk Kg Buah Pala yang telah dipolitikkan dan kini nasibnya lebih baik kerana telah terbela oleh berbagai badan NGO dan parti politik. Bagi nasib aku dan jiran-jiranku...semua tiada pembelaan. Kami diberi kata lisan supaya berpindah..kata orang atas.."Cari-carilah rumah sewa... " " cikgu kena patuh dengan arahan..".. Itulah ungkapan yang sering dilafazkan apabila kita bertanya atau untuk mendapatkan kepastian... Ini nasib seorang kakitangan kerajaan kut ? Tiada hak untuk mendapat kepastian.. Tiada hak untuk memberikan pendapat ...tiada hak untuk bersuara.. Jika engkar atau bersuara pasti akan menyusul tindakan.... Entahlah dimana lagi ingin disuarakan suara ini.. Kini semua jiran sibuk mencari rumah sewa... kerana pilihan yang disediakan lebih menyusahkan dan lebih memilukan... Setakat ni ada yang dah dapat dan ada yang tak dapat lagi kerana tiada wang untuk membayar deposit 2 bulan dan juga deposit api dan air serta kos untuk menyewa lori untuk berpindah. Hendak atau tak nak ..pilihan yang ada ialah berpindah.. Setakat ini juga tiada pihak atasan yang mengeluarkan surat atau mahupun bertemu dengan pihak penduduk... Terasa seperti dihalau keluar secara hormat ( ye ke ?)...........

18 Jun 2009

Proton Ezora ,Grand Lavina atau Perodua MPV ?


Baru-baru ini terfikir juga buah bentuk membeli sebuah kenderaan yang agak selesa dengan jumlah ahli keluarga aku ni... Pergerakan aku sekeluarga mula dah tidak selesa.. Badan bebudak semakin hari semakin membesar.. Atas masalah yang wujud aku mula memikirkan untuk membuat pilihan diantara Proton Ezora, Grand Lavina dan juga MPV Perodua yang masih misteri .... Pilihan ini membuatkan aku ni benar-benar keliru.. Mana satu pilihan hati dan perasaan. Mana spesifikasi yang sesuai dengan aku ? Mana harga yang menarik di zaman kemelesetan ini ? Termenung juga memikirkannya. Aku dah cari jugak maklumat di internet tapi masih belum mencukupi. Bila tanya owner kenderaan tersebut semua kata kereta mereka best. Kalau tanya salesman lagilah...kenderaan yang mereka jual adalah yang terbaik... Confius betul ni... Bisa bikin kelapa pusing...

10 Jun 2009

Doa Selepas Solat

doa1.gif

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”

doa2.gif

Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”

doa3.gif

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

doa4.gif

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

doa5.gif

Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”

doa6.gif

Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Penghargaan: http://cybermosque.mpsj.gov.my/soldoa.html

6 Jun 2009

Katering atau Pakatan..?

Musim kawin adalah musim yang menyeronokkan olah pasangan pengantin.. Saat dan ketika yang sentiasa dinanti-nantikan selama ini oleh setiap insan yang bergelar uda dan dara. Saat terbinanya mahligai impian dan juga saat menangisnya iblis dan syaitan.

Ni nak cerita tentang majlis perkahwinan sekarang, baru-baru ni rumah father in law aku buat kenduri kawin untuk adik ipar aku yang bongsu.. Pada awalnya kami bercadang untuk mengadakan majlis itu dengan perkhidmatan katering... Puas juga aku mencari 2 - 4 sebutharga untuk kelulusan 'boss' tetapi semuanya tidak diterima. Maka berjalanlah majlis ini dengan kerja gotong-royong bersama ahli Pakatan. Pakatan ini bukanlah pakatan parti politik tetapi pakatan diantara ahli dalam felda tersebut untuk mengadakan kenduri kawin. Pada peringkat awal lagi aku dan biras aku dah menjangkakan kurang kerjasama dari ahli pakatan ini. Maka semasa berjalan majlis ini terserlahlah semuanya. Kami adik-beradik bersama beberapa ahli blok yang sudi menghulurkan bantuan memastikan kejayaan majlis. Penatnya jangan dikira... kalau boleh dah nak merangkak tetapi semangat masih kuat.
Apa yang menjadi persoalannya ialah sikap manusia yang pelik dan menjelikkan. Aku pun hairan melihatkan sikap dan perhubungan diantara peduduk di felda ni.... Ada yang ok dan ada yang tak ok...
Kesimpulannya, untuk menyenangkan hati dan perasaan kita...serta memudahkan urusan perkahwinan ini adalah lebih baik menggunakan perkhidmatan katering berbanding dengan mengharapkan pakatan dan bantuan orang lain... Zaman Telah Berubah...

OK>>>bye

25 Mei 2009

Kriket Stay A Live...


Apa kabor semua.... Aku ni makin lama makin jarang update blog ni kerana sesibuk sangat. Hari ni aku nak cerita tentang game yang aku latih dan sering bawak pegi tournament....iaitu kriket. Kriket kat sekolah aku ni dah pun hidup dalam masa 5 tahun... 2 -3 tahun dulu bebudak aku ni boleh main sampaikan ada yang terpilih untuk mewakili Pahang. Masa tu bangganya... Namun 2 tahun ni... lama aku tak dengar berita tentang kriket ni..... Tahun lepas tahu-tahu aje game dah jalan kat Kuala Lipis. Tak tahulah mana silapnya. Lagi satu..setiap bakat yang dilahirkan tiada kesinambungan apabila mereka mula memasuki sekolah menengah. Macamlah dengan budak aku yang mewakili Pahang dulu. Akhirnya bakat itu terus berkubur.

Baru..baru ni aku, Mat Not, Sazali dan Akbor bawa team Temerloh untuk game di Pekan. Pasukan tu semua pemainnya dari sekolah Sazali dan Akbor.. Sedih juga..tapi apa boleh buat. Temerloh pada hari pertama bertemu dengan Kuala Lipis..keputusannya tewas... Esoknya lawan pula dengan Kuantan pada sebelah pagi dan petangnya dengan Rompin..keputusannya seperti biasa TEWAS lagi. Tapi ta pe, itu semua kerana telah lama tidak menyertai pertandingan. Bagi bebudak yang baru pertama kali bermain, keputusannya telahpun memberikan kepuasan.

Semasa pertandingan ini berjalan, team kami ni menginap di sebuah asrama sekolah menengah di Pekan. Asramanya boleh tahan.. tapi tak pe dah biasa. Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang kejadian ketika sampai di sekolah tu. Kami sampai dah agak lewat..Jadi sebaik sahaja sampai aku dan Mat Not terus cari surau nak solat Asar. Kami pun bertanya kepada bebudak asrama yang ada kat situ. Lalu dua tiga orang budak perempuan telah menunjukkan surau di blok aspuri. Aku dan Mat Not jadi was-was. Tapi budak perempuan tu bersungguh-sungguh meyakinkan kami. Aku kata kat Mat Not kalau kena tangkap malu besor kita. Kami pun pergi juga memandangkan masa dah sangat lewat. Sebaik sampai di pintu surau dan nak ambil ambil wuduk...tiba-tiba terdengar teguran yang keras. Kami lihat seorang lelaki memandang kami dengan cuak. Kami pun tak jadi ambil wuduk dan berjumpa dengannya. Sebaik sampai dia terus bertanya kenapa kami masuk aspuri. kami pun beri penerangan dan meminta maaf darinya. Dia asyik sebut " INI SATU PERKENALAN YANG TIDAK BAIK ". Bengang juga dibuatnya. Hati jadi panas.. Sazali sebagai pengurus pasukan kemudian berjumpa dengan cikgu tu dan memohon maaf sekali lagi. Dia kata " KALAU CIKGU DATANG MINTA MAAF...KITA ANGGAP INI SELESAI" Bila dikenang-kenangkan peristiwa itu nak tergelak pun ada.

Selain tu, kami sempat juga pergi memancing di Kuala Pahang. Nak cerita kat sini, aku berjaya menaikkan ikan paling glamour iaitu ikan duri. Malam tu Akbor dapat naikkan ikan gelama sebesar dua jari dan aku sebagai champion berjaya menaikkan dua ekor ikan duri. Sebagai pemancing profesional, aku amalkan " tangkap dan lepas" kerana ikan itu aku tak makan. Apa pun ianya menyeronokkan kerana dah lama tak memancing. Kami kemudian balik pukul 2 pagi sebab Sazali dah pun mengantuk.. Esoknya kami bergerak pulang dengan seribu kenangan...

Bye............................

21 Apr 2009

Kenapa tak Solat ?


Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lalu, aku bertanya kepada anak murid ku yang berumur 12 tahun... dan dah ada yang baligh "Siapakah yang solat Subuh pagi tadi..?" Responnya hanya 3 orang daripada 25 orang yang mengangkat tangan . Kemudian aku bertanya " Siapa diantara kamu yang solat 5 waktu ?" Sedih..responnya tiada... Persoalan itu aku kemukakan apabila melihatkan sikap dan minat mereka belajar sangat berkurang. Sedih..bila mendapati respon seperti itu. Respon daripada anak bangsa ku sendiri. Inilah anak bangsa yang akan memimpin negara kita ... Aku lanjutkan pertanyaan ku.. " Siapakah ibubapanya yang menegur atau memarahi..jika mereka tidak solat ?" ... Sedih....responnya kebanyakkan ibubapa tidak ambil berat tentang solat. Aku ada juga membuat pemerhatian terhadap anak muridku... Kesimpulannya, kebanyakkan yang malas belajar dan mempunyai akhlak yang lemah adalah mereka yang tidak mementingkan solat dan keluarganya pun tidak mementingkan solat. Bagaimana harus aku lakukan ? Walaupun aku mengajar Sains tetapi bagi aku ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang Islam untuk memberitahu pentingnya solat. Aku nasihati mereka.. tetapi setakat ini tiada perubahan.. Masalah solat ini bukan saja berlaku kepada anak murid aku tetapi kita boleh lihat ianya semakin parah dalam masyarakat Islam kita. Mari kita buat pemerhatian... Keluarlah lewat ke bandar pada hari Jumaat... dalam perjalanan pergi ke masjid kita akan dapat perhatikan golongan lelaki yang masih enak menikmati makanan sedangkan tanpa menghiraukan laungan azan atau khutbah. Kemudian kita pulang...(cepat), kita akan menyaksikan pemandangan mereka yang ada berjalan-jalan dan ada yang masih menikmati makanan. Solatkah mereka ? .. Jadi itulah masyarakat kita hari ini...

Renungkan bersama.. wassalam..

22 Mac 2009

Nasib Bola Sepak Pahang


Oh...apa nak jadi dengan bola sepak Pahang ? Sedih pilu, kecewa, malu, hampa, marah, geram dengan pasukan bola sepak Pahang. Bosan apa bila melihatkan prestasi yang semakin hari dan semakin tahun merundum macam nangka busuk. Aku rasa lebih baik hantar budak tadika main ada juga hiburannya. Malam tadi kalah lagi... bodoh betul.. Dahlah duduk tangga kedua akhir liga. Pada pendapat aku perlu diadakan perubahan besar..ganti jurulatih dan pengurus . Aku rasa mereka berdua tu makan gaji buta. Apa yang aku perhatikan...kebelakangan ni jurulatih bertukar pada orang yang sama aje. Macam main ganti-ganti. Apa nak jadi ni... Nak membangunkan bola sepak Pahang atau nak menghancurkan. Pahang ni negeri yang paling besar ni Semenanjung Malaysia. Negeri luas dan makhluknya pun ramai Takkanlah tiada seorang yang pandai main.. Sedangkan di kampung hingga ke bandar ada aje liga dijalankan. Mana pencari bakat Pahang.. Rasanya kini hanya bermimpi dengan kegemilangan Pahang. Negeri lain sibuk berusaha untuk mantapkan pasukan tapi Pahang sibuk mantapkan perut masing-masing. Tukarlah jurulatih.. pilihlah orang yang berwibawa. Pilih pengurus yang memang berminat dengan bola sepak dan bukan kerana sebab lain. Jauhi kronisme... sudah sudahlah. Kasihan kepada kami peminat bola sepak Pahang.. impian untuk melihat juara macam dulu dah jadi angan-angan mat jenin. Kalau nak kira, pemimpin tertinggi bola sepak Malaysia memang Pahang yang pegang....tapi kenapalah Pahang jadi begini.. Aku ni memang penyokong...dulu bila ada aje game aku dengan member mesti turun dari Temerloh ke Kuantan..Berabis duit pun tak pe... Namun bila game asyik kalah aje dan main macam tahi ...aku dah rasa fedup sebab bila pergi mesti balik dengan perasaan marah dan geram. Semua member tak mahu pergi lagi selagi Pahang tak buat perubahan..Singkir jurulatih dan pengurus yang buat Pahang begini. Kalau liga lain , jurulatih dan pengurus begini dah dipecat dan latih kambing aje.BERUBAHLAH.....

Arios....................

15 Mac 2009

Kelab Badminton Ketawa Ria.

Kelab Badminton Ketawa Ria adalah merupakan kelab aku dan geng tubuh secara tak berdaftar tahun 2007 ..kini pejam celik dah pun nak masuk tahun ketiga penubuhannya. Ahli yang berdaftar setakat ni 12 orang... Limited .. Setakat ni kemajuan kelab ni ialah peningkatan tahap permainan. Dulu..ada yang jadi lubuk tapi kini cabaran semakin meningkat. Kelab aku juga dari main satu malam seminggu kini dah main dua malam... Kini gelanggang baru kat Dewan Pangsenam..Banyak juga geng lain ajak rentap.. Setakat ni dah frendly dengan 4 - 5 geng. Matlamat utama kami ialah sihat badan cerdas minda....Kalah menang no hal. Geng aku semua ok..boleh masuk kepala semua... Kini kami dah tambah satu lagi cabang iaitu main futsal pada hari Khamis... Penat betul..baru main 5 minit dah rasa main 5 jam..Apa pun resultnya... happy and healthy.

ok..bye

Ikan..Goreng Pun Sodap !


Assalamualaikum..

Berjumpa lagi.. Ni dah lega sebab semua assignment telah pun dihantar. Jadi boleh go on dengan blog yang dah lama kesepian ini. Baru-baru ni pergi tengok tanah yang..kat situ ada sungai kecil yang mengalir lemah. Nak di jadikan cerita, aku ngan member pun try tebar jala. Wooo.. tak sangka sungai yang sekakang kera tu mengandungi banyak makhluknya. Member aku, Lan tebar lima enam kali.. Aku biasalah...skop kerja kutip ikan aje..Puas juga mengutipnya . Best..........balik goreng pun sodap.. Ni nak pegi lagi..Jaga-jaga semua...ikan-ikan yang ada di sana.......................

18 Feb 2009

Pening Lalat !


Assalammualaikum... Ni dah kira lama jugak aku tak update blog ni.. Buat masa ni sangat-sangat sibuk .. tapi aku nak jugak beri pandangan aku yang aku pendam ni ..sebagai salah seorang warganegara yang sah, suasana politik ketika ini membuatkan aku bertambah-tambah benci dengan politik. Paling benci aku lihat pada ahli politik yang melompat parti. Mereka ni bermuka-muka dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat. Semoga Allah tunjukkan balasan ke atas mereka. Mereka semua rakus membolot kuasa tanpa memikirkan rakyat marhain yang kedaifan akibat kemelesetan ekonomi dunia. Berapa ramai warganegara yang telah tiada pekerjaan..Bagaimana dengan harga barangan keperluan yang harganya tak pernah turun-turun... Tiada ke penguatkuasaan... Mana badan atau pihak yang bertanggungjawab.. ? Mana NGO-NGO yang gagah memperjuangkan rakyat..? Tak de...? Kita semua asyik dimomok dengan cerita-cerita politik yang membosanan. Balik-balik.minta rakyat bersabar... menghadapinya.. Apakah tindakan pemimpin kita yang bergaji besar ? Tak mahu ke bantu negara ? Aku confius .. Ya Allah...tunjukkan kebenaran ... Arigato..!

24 Jan 2009

Serangan Virus...

Ni ada satu amaran.. aku ada baca email tentang virus yang boleh 'kong'kan komputer kita . Baca dan ambil perhatian ok...

PRECAUTIONS !!!!

PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled
'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sentit to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts. It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a mail called'
POSTCARD FROM BEJING,' even though sent to you by afriend, do not open it! Shut down your computer immediately.

This is the worst virus announced by CNN. It has been classified byMicrosoft as the most destructive virus ever. This virus was discoveredbyMcAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept.COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS. REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US
.


Bye.....Wazaaaaasss !

22 Jan 2009

Jawapan Siapa Jamal....

Hari ni aku akan beritahu tentang Jamal... Aku rasa tak perlulah aku bertangguh lagi kerana mengenali Jamal adalah lebih penting. Tambahan pula dengan ketidakbolehannya bercakap Arab.. Baik ini adalah Jamal...












Dalam bahasa Arab Jamal adalah UNTA........ Chowwww...

19 Jan 2009

Jamal Oh Jamal.

Cerita ni tentang Jamal. Jamal ni tak pandai berbahasa Arab walaupun dilahirkan ni sebuah negara Arab. Sejak dari kecil hinggalah dewasa, Jamal tetap tidak pandai berbahasa Arab. Moyang...datuk..nenek...bapaknya..ibunya...
abangn
ya...kakaknya..malahan adiknya juga tidak pandai berbahasa Arab.. Pelik bin ajaib.. Naik pening kepala memikirkannya. Jamal tidak bisu dan juga tidak pekak. Jamal mempunyai mulut yang cukup luas dan gigi yang tersusun rapi..... tetapi tetap tidak pandai berbahasa Arab. Rakan-rakannya juga turut tidak pandai berbahasa Arab.. ni juga pelik bin ajaib... Setahu kita, kalau lahir dan dibesarkan di China gerenti pandai cakap cina...Kalau di India tentu pandai cakap India... Kalau London tentu speaking London cair.. Namun segalanya berbeza dengan Jamal.. Jamal tetap tidak pandai bercakap Arab.. Sedih...memang sedih.....Tapi kenapa ya ?

NANTIKAN JAWAPANNYA ............

18 Jan 2009

Belajar Kembali..



Alhamdulillah..esok pagi aku dah kena bertolak ke Kuala Lipis... ada kelas kat IPTAA.. Nampak gayanya kembali sibuklah.. Assignment baru aje aku print out, sekali baca pening jugak kepala. Bila lihat Assignment KH lagi pening, ada macam lukisan teknik.. Untuk pengetahuan semua semester ni aku kena ambil subjek Reka Cipta dan Lukisan Teknik.( boleh berasap kepala ), Perkembangan Ekonomi Asas ( boleh cair otak) dan Pembestarian dan Pengajaran Bahasa Melayu ( boleh rasanya ). Azam aku untuk sekian kalinya ialah untuk menyiapkan semua assignment ini secepat mungkin. No last minute...... Insyaallah.


Malam ni jugak geng badminton ( Kelab Ketawa Ria ) aku baru aje lepas friendly dengan SK Batu Bor.. Keputusannya ialah 1 menang, 1 seri dan 2 kalah. Nasib badan... tapi yang penting moto kami iaitu Ketawa Ria.. Nanti aku story lagi tentang kelab aku ni. Chow dulu.. esok pukul 5. 30 pagi dah kena drive.. arigato.!




Ni bukan aku yang main...