24 Okt 2011

Minggu Keusahawanan Kemahiran Hidup SK Sungai Gau

Pada 10 - 14 Oktober yang lalu, sekolah di bawah kelolaan Panitia Kemahiran Hidup telah mengadakan Minggu Kemahiran Hidup bagi murid-murid Tahun 6 sempena dengan Program Selepas UPSR. Minggu ini adalah menrupakan kesinambungan daripada Minggu Bahasa Inggeris dan Minggu Agama Islam yang telah pun berlangsung. Pada hari Jumaat, murid-murid ini telah membuka gerai jualan yang telah dirancang oleh setiap kumpulan sejak dari hari Isnin. Lihatlah kemeriahannya...
Persediaan Sebelum Jualan
Siapa makan ni.. ? Belum jual lagi..
Senyum kena lebih..baru pelanggan ramai..
Tepi-tepi saya nak borong semua -Cikgu Pian
Kuih Apam Ladybird..
Den kayo..den kayo..
Senyum kena lebih..walaupun untung tak juta-juta
Menang pulak..Ni  boleh jual pulak..

23 Okt 2011

Jahatnya Mulut..





Rasanya semua orang ada mulut. Mulut adalah anggota yang membolehkan seseorang itu senyum, ketawa, menangis dan bermacam-macam lagi. Mulut juga membolehkan kita untuk makan dan minum. Mulut juga membolehkan kita mendapat teman dan juga musuh. Melalui mulut juga kita akan mudah untuk mendapat dosa. Mulut boleh membuat rakan, isteri, ibu, bapa, anak-anak dan juga orang sekeliling ketawa dan gembira. Mulut juga boleh bertukar menjadi pisau yang tajam menghirs hati setiap orang yang mendengarnya.
Mulut, kadang-kadang tanpa kita sedari telah menghiris hati sesorang walaupun niat hanya untuk bergurau. Mulut juga menyebabkan kita dibenci dan dijauhi. Mulut juga menyebabkan kita mendapat dosa yang tak disangka-sangka.
Rasanya betul juga kata-kata yang berbunyi " Diam itu lebih baik dari berkata-kata" ataupun " Banyak bercakap, banyak bohongnya".
Oleh itu lebih baiklah kita berhati-hati kita mengeluarkan kata-kata. Kenali dengan siapa orang yang kita berkomunikasi supaya tidak terkena dengan orang yang sensetif macam filem Bollywood. Langkah yang lebih baik ialah kurangkan bercakap dan banyakkan zikir..Insyallah


17 Okt 2011

Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Pulai Idaman, Paya Pulai, Temerloh

Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Pulai Idaman telah pun berjaya direalisasikan pada 2 Oktober 2011 baru-baru. Sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan daripada penduduk yang tinggal di taman perumahan ini. Walau sebelum perjumpaan diadakan, hujan turun dengan lebatnya. Hari ini diadakan pula perjumpaan kedua untuk melancarkan lagi perancangan penubuhan persatuan ini.
Proses Pendaftaran
Pengerusi dan Naib Pengerusi Yang Dilantik
Sesi Taklimat
Proses Undian Yang Meriah
Persetujuan Bersama..

14 Okt 2011

Rokok..Aduhai Anak Muridku..

Wahai anak-nak muridku, kekecewaan guru adalah apabila mengetahui bahawa anak-anak muridnya sudah pun mula pandai menghisap rokok. Memang dewasa ini kerap kali kita akan nampak murid-murid yang bersekolah rendah dan menengah menghisap rokok tanpa segan silu bila terserempak dengan guru apatah lagi dengan ibu bapa mereka. Pada pandangan saya, punca utama ialah mudahnya mendapat bekalan rokok di kedai-kedai runcit yang ingin mengaut untung dengan menjual rokok seludup yang berharga RM2.50 hingga RM3.00 dan juga secara batang walaupun ada undang-undang. Di sini terdapat beberapa artikel yang diharap dapat mengubah kemahuan anda untuk mencuba rokok atau mungkin lebih baik berhenti terus. Bacalah...




Artikel dari KOSMO :

KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
kredit : kosmo.com.my



Artikel dari Wikipedia :
Apakah anda tahu hal ini?

Ketika kamu menghisap rokok, kamu SEDANG MENGHISAP bahan kapur barus, racun tikus, bahan bakar roket, bahan plastik PVC, pembersih lantai, pelarut industri, bahan korek api, bahan berradiasi, dan Gas Racun yang dipakai dalam ruang pelaksanan hukuman mati.

Gak salah kalo orang bilang merokok itu adalah "cara bunuh diri pelan-pelan", soalnya dalam asap rokok, terdapat lebih dari 40 bahan kimia penyebab kanker (bahan karsinogenik istilahnya), sejumlah racun berbahaya seperti ARSENIKUM dan SIANIDA, serta lebih dari 4000 bahan lainnya.

Jadi bukan hanya NIKOTIN dan TAR aja yang ngerusakin diri lu.

Ini beberapa bahan kimia paling berbahaya dari rokok :

1. ASETON - bahan utama penghapus cat dan cat kuku.

2. METANOL - bahan bakar roket.

3. NAFTALEN - Kapur Barus. Ingat gak kata Mama kapur barus jangan ditelan?

4. CADMIUM - dipakai pada AKI mobil.

5. VINYL CHLORIDA - bahan plastik PVC

6. HIDROGEN SIANIDA - Gas racun yang dipakai untuk pelaksanaan hukuman mati di kamar gas. (keren ini)

7. AMONIA - Pembersih lantai.

8. TOLUENE - pelarut industri

9. ARSENIK - Racun Tikus

10. FENOL - Disinfektan / pembunuh kuman

11. BUTAN - Bahan Bakar korek api.

12. POLONIUM - bahan berradiasi.

Masih banyak zat berbahaya lain dalam rokok. Have I mentioned DDT aka insecticide?

Dan ini 3 bahan yang paling mengerikan :

13. GAS KARBON MONOKSIDA [CO] - gas keluaran dari knalpot yang jika terlalu banyak dihirup bisa menyebabkan sesak nafas, pusing, mual, dan bahkan kematian. CO lebih ganteng dari Oksigen, jadi ketika sampai di paru-paru, ia lebih "dicintai" oleh Hemoglobin, si pengikat Oksigen dalam darah. Hasilnya, Oksigen tidak diangkut darah dan ketika jantung dan otak kamu kekurangan Oksigen... well, RIP.

14. NIKOTIN - Perangsang zat kimia di otak, menyebabkan kecanduan, merangsang kelenjar adrenalin untuk menghasilkan hormon yang mengganggu kerja jantung.

15. TAR - Ini hitam. Ini Lengket. Penyebab kanker utama rokok. TAR juga menyebabkan rambut getar di saluran pernafasan menjadi berhenti. Padahal rambut ini mencegah bahan berbahaya masuk ke dalam paru-paru..

Ingat bahwa perokok pasif juga mendapat sebagian besar dari bahan-bahan tersebut.


Artikel dari e-fatwa (JAKIM) :

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Wahai anak-anak muridku..FIKIR-FIKIRKAN..Anda telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal yang bijak.Akal yang boleh membuat keputusan yang baik untuk diri anda. Sayangilah diri anda..

Wassalam..

11 Okt 2011

Gerai Burger Cikgu

Telah seminggu aku memulakan semula perniagaan yang dulu pernah aku jalankan. Alhamdulillah..aku dah ada pelanggan aku sendiri yang sentiasa menyokong pembukaan gerai ini. Gerai burger ini aku buka dari pukul 4.30 petang hinggalah pukul 10.00 malam kalau hari tak hujan. Harga yang ditawarkan semua lebih murah dan berpatutan walaupun barangan lain mengalami kenaikan. Contohnya ayam .. seekor ayam baru-baru ini aku beli pada hari Sabtu berharga RM 9.00 sekilo.. bila timbang harganya RM 20.60. Dekat Taman Setia Jasa pula harga ayam RM 9.50 sekilo. Namun begitu, setakat ini burger yang ditawarkan di gerai burger aku masih kompetetif dan berpatutan. Konsepnya berjual sambil beramal. Bagi aku kepuasan pelanggan diutamakan dan mereka kenyang apabila makan burger aku dengan nilai yang dikenakan.. Oleh itu marilah beli burger di Gerai Cikgu Burger di No.19, Taman Pulai Idaman, Temerloh.. Mari Jangan Tak Mari..



Diantara menu yang ada..

Sistem Gaji 2012

Alhamdulillah gaji semua individu yang bertugas dalam sektor awam mendapat kenaikan. Ini semua bersesuaian dengan peningkatan taraf hidup yang semakin tidak dapat dibendung lagi. Kalau nak diikutkan, setakat ini masih belum lagi  terdapat jadual sistem gaji dikeluarkan oleh badan yang bertanggungjawab. Namun yang spekulasi tu adalah..kalau nak percaya boleh ..kalau nak tak percaya pun lagi boleh. Insyaallah jika keluar yang rasmi akan diuploadkan dalam blog saya.. SABAR YEAAA...

1 Okt 2011

KSSR TAHUN 2

 Bermula dari tarikh 26 September sehinggalah 29 September baru-baru ini telah diadakan kursus untuk persediaan bagi perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2. Kursus ini telah diadakan di Bilik Gerbang Cendikia, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Kursus bermula dari pukul 8,00 pagi sehinggalah pukul 4.30 petang. Kursus ini melibatkan semua guru di daerah Temerloh. Mereka ini nanti akan ditugaskan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Dunia Sains Teknologi Tahun 2 pada 2012 nanti. Sebagai persediaan, guru-guru ini didedahkan dengan kemahiran, maklumat dan berbagai perkara tentang subjek ini nanti. Kursus ini berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti seperti pembentangan, bengkel, taklimat dan juga perbincangan. Adalah diharapkan semua peserta kursus ini nanti akan diberi kursus lanjutan untuk lebih kefahaman dan akan dapat menjalankan dasar yang ditetapkan dengan berjaya. Selepas ini juga diharap akan ada modul yang akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ini nanti. BERSAMA BERUSAHA..!

Sedang asyik menyiapkan bahan pembentangan