29 Jun 2011

Panduan adab Seorang Cikgu

Panduan adab Seorang Cikgu

 
Asalamualaikum, semasa mencari latihan murid untuk hari esok saya terjumpa entri ini... Semuanya mengingatkan saya sebagai guru. Bacalah supaya kita bersama mengingatinya...

Petikannya...


Assalamualaikum, sudah lama saya tidak berkunjung ke blog sahabat yang dulu seorang ustaz di sekolah saya.Kini beliau dah berpindah ke sekolah lain.
Semasa  membelek tulisan dalam blognya iaitu blog mendidik.blogspot itu, saya terjumpa satu entri yang sangat bagus dan berilmu iaitu adab adab seorang guru.
Ia adalah sumber dari bacaan beliau sendiri  dari kitab terjemahan Bidayatul Hidayah yang dibeli semasa beliau di tingkatan 4 dulu. Ia adalah sebuah kitab  karangan oleh  Imam Al-Ghazali (505H) yang mengenai  adab seorang cikgu.
Terima kasih Ustaz Nazri atas entri panduan adab seorang guru yang berguna untuk di kongsi bersama ini.
Panduan adab seorang cikgu
1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).
Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).