Wahai anak-nak muridku, kekecewaan guru adalah apabila mengetahui bahawa anak-anak muridnya sudah pun mula pandai menghisap rokok. Memang dewasa ini kerap kali kita akan nampak murid-murid yang bersekolah rendah dan menengah menghisap rokok tanpa segan silu bila terserempak dengan guru apatah lagi dengan ibu bapa mereka. Pada pandangan saya, punca utama ialah mudahnya mendapat bekalan rokok di kedai-kedai runcit yang ingin mengaut untung dengan menjual rokok seludup yang berharga RM2.50 hingga RM3.00 dan juga secara batang walaupun ada undang-undang. Di sini terdapat beberapa artikel yang diharap dapat mengubah kemahuan anda untuk mencuba rokok atau mungkin lebih baik berhenti terus. Bacalah...
Artikel dari KOSMO :
KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (
filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar
Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
kredit : kosmo.com.my
Artikel dari Wikipedia :
Apakah anda tahu hal ini?
Ketika kamu menghisap rokok, kamu SEDANG MENGHISAP bahan kapur barus, racun tikus, bahan bakar roket, bahan plastik PVC, pembersih lantai, pelarut industri, bahan korek api, bahan berradiasi, dan Gas Racun yang dipakai dalam ruang pelaksanan hukuman mati.
Gak salah kalo orang bilang merokok itu adalah "cara bunuh diri pelan-pelan", soalnya dalam asap rokok, terdapat lebih dari 40 bahan kimia penyebab kanker (bahan karsinogenik istilahnya), sejumlah racun berbahaya seperti ARSENIKUM dan SIANIDA, serta lebih dari 4000 bahan lainnya.
Jadi bukan hanya NIKOTIN dan TAR aja yang ngerusakin diri lu.
Ini beberapa bahan kimia paling berbahaya dari rokok :
1.
ASETON - bahan utama penghapus cat dan cat kuku.
2.
METANOL - bahan bakar roket.
3.
NAFTALEN - Kapur Barus. Ingat gak kata Mama kapur barus jangan ditelan?
4.
CADMIUM - dipakai pada AKI mobil.
5.
VINYL CHLORIDA - bahan plastik PVC
6.
HIDROGEN SIANIDA - Gas racun yang dipakai untuk pelaksanaan hukuman mati di kamar gas. (keren ini)
7.
AMONIA - Pembersih lantai.
8.
TOLUENE - pelarut industri
9.
ARSENIK - Racun Tikus
10.
FENOL - Disinfektan / pembunuh kuman
11.
BUTAN - Bahan Bakar korek api.
12.
POLONIUM - bahan berradiasi.
Masih banyak zat berbahaya lain dalam rokok. Have I mentioned DDT aka insecticide?
Dan ini 3 bahan yang paling mengerikan :
13.
GAS KARBON MONOKSIDA [CO] - gas keluaran dari knalpot yang jika terlalu banyak dihirup bisa menyebabkan sesak nafas, pusing, mual, dan bahkan kematian. CO lebih ganteng dari Oksigen, jadi ketika sampai di paru-paru, ia lebih "dicintai" oleh Hemoglobin, si pengikat Oksigen dalam darah. Hasilnya, Oksigen tidak diangkut darah dan ketika jantung dan otak kamu kekurangan Oksigen... well, RIP.
14.
NIKOTIN - Perangsang zat kimia di otak, menyebabkan kecanduan, merangsang kelenjar adrenalin untuk menghasilkan hormon yang mengganggu kerja jantung.
15.
TAR - Ini hitam. Ini Lengket. Penyebab kanker utama rokok. TAR juga menyebabkan rambut getar di saluran pernafasan menjadi berhenti. Padahal rambut ini mencegah bahan berbahaya masuk ke dalam paru-paru..
Ingat bahwa
perokok pasif juga
mendapat sebagian besar dari bahan-bahan tersebut.
Artikel dari e-fatwa (JAKIM) :
Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (
al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Wahai anak-anak muridku..FIKIR-FIKIRKAN..Anda telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal yang bijak.Akal yang boleh membuat keputusan yang baik untuk diri anda. Sayangilah diri anda..
Wassalam..