9 Okt 2009

Mistik..Percaya atau Tidak ?

Mistik dan menyeramkan.. Percaya atau tidak ? Bagi aku perkara ini perlu dipercayai kerana entiti lain ini memang wujud dalam alam ini. Aku mempunyai pengalaman tentang perkara ini. Diantara pengalaman yang tidak boleh aku lupakan ialah apabila kawan baik aku dimasuki oleh entiti ini dan berubah dari segi suara dan kebolehannya. Dia boleh bercakap dalam bahasa Jawa dan bersilat seperti seoarang yang amat mahir..siap boleh lompat terbang seperti dalam filem Kung fu .

Kini, perkara ini aku alami lagi... melibatkan murid-murid dari sebuah sekolah..Yang peliknya bila datang ke sekolah aku..member aku pulak yang kena.. Macam-macam cerita tentang entiti yang dah dekat setahun bermaharajalela ini.. Seram dan mistik.. Semoga Allah melindungi kita semua.

Wassalam.

1 Okt 2009

Menghitung Hari....Kuarters Institusi Perguruan Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

Pemandangan Hadapan Kuarters Seri Tualang

Ini adalah detik-detik terakhir aku dan jiran-jiranku tinggal di Kuarters Institusi Pendidikan Seri Tualang yang akan menjadi sejarah untuk selama-lamanya. Bermula dengan khabar-khabar angin sehingga perjumpaan dengan pihak yang akan mengambilalih dengan penghuni kuarters ini... Menghitung detik-detik terakhir ini sungguh menyedihkan... Kuarters yang disediakan untuk kemudahan guru di Temerloh ini akan diambil alih dan digantikan dengan pusat latihan... Nampaknya dah tiada lagi kemudahan yang disediakan untuk guru-guru seperti aku. Kami diberi pilihan atau opsyen yang tidak boleh dibuat pilihan. Selepas ini nama kuarters ini akan diganti... Alamat pada kad pengenalan aku juga terpaksa diubah... Bagi pihak yang merancang pengambilalihan kuarters ini semuanya nampak mudah... Katanya " Demi kemajuan guru-guru". Bagi aku dan jiran-jiran, ianya adalah perkara yang begitu sangat membebankan... Kini kami terpaksa mencari wang untuk menampung kos muka dan sewa rumah... Kami juga kena fikir dan cari wang untuk kos pemindahan... kami juga terpaksa fikir dan cari untuk membeli sedikit perabot bagi rumah yang disewa.. Apa yang paling memeningkan ialah kami kena uruskan segala urusan tentang pertukaran anak-anak yang bersekolah di SK Seri Tualang..dan juga mencari pengasuh baru untuk anak-anak yang kecil. Kami kena atur semua semula bermula dari zero.. tapi bagi pihak yang terlibat menganggap semuanya mudah kerana tidak terkena pada keluarga mereka. Mereka banyak duit... Duit berguni-guni. Bagi aku kuarters ini bukanlah teruk sekiranya pihak yang terlibat di pejabat pelajaran mengambil berat tentang kuarters ini. Bayangkan selama kami duduk hampir 7 tahun tidak pernah ada penyelengaraan kawasan pun dilakukan... tiada lampu jalan.. lampu tangga yang kena tanggung oleh kami.. rumput kami mesin sendiri..dan boleh dikatakan semuanya kami kena tanggung. Pelik bin ajaib... bangunan canggih dan hebat tetapi tiada penyelenggaraan...Bila ditanya jawabnya tiada peruntukan. Walaupun keadaan berlaku kami tinggal juga di sini kerana persekitaran yang sesuai dengan anak-anak kami. Tempatnya selamat dan memudahkan anak-anak kami untuk ke sekolah. Budaya dan kesan sosial yang tidak diingini pun tiada. Penduduknya juga rapat dan mengenali diantara satu sama lain...Tapi semua tidak diberi perhatian kerana disifatkan peribadi oleh pihak yang akan mengambilalih kuarters ini. Nasib..nasib... kerana kami orang bawahan. Pejabat pelajaran begitu gembira agaknya dengan pemgambilalihan ini. Selepas perjumpaan kami dengan pihak pejabat pelajaran dan pihak yang akan mengambilalih.. tiada lagi kami mendengar berita tentang beberapa tuntutan yang telah kami buat.. Hari ni ( 6 September 2009 ) dah mula dilakukan kerja-kerja pembersihan kawasan. Sebelum tu..pada 1 September 2009, pasukan pengawal keselamatan telah pun memulakan tugas... Aku pun tak tahu lagi bila akan berpindah... Nasib........nasib.....

Hari semalam, aku dan semua penghuni yang masih tinggal di kuarters ini mendapat surat daripada Pegawai Pelajaran Daerah..menurut surat itu, kami diminta menjelaskan baki bayaran bil elektrik dan air. Dalam surat itu menyatakan pula bahawa kami telah bersetuju untuk berpindah pada hujung bulan 10 ( Oktober ) ini seperti yang dipersetujui...tetapi kalau mengikut keputusan perjumpaan yang masih segar dalam ingatan, kebenaran diberi ialah selewat-lewatnya November ini... Macam mana ni.."cakap tak serupa bikin"...

SAYONARA..



Tiada lagi bebudak main bola..